COVID-19: Laporan Al Jazeera bersifat adu domba! Melampau!!
Published byHARI ini, Ahad 5 Julai 2020, kita telah dikejutkan dengan sebuah laporan dokumentari berkaitan penularan wabak COVID-19 yang bersifat mengadu domba dan memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia. Tindakan yang kurang profesional media Al Jazeera telah memberikan cerminan buruk terhadap pemain media dunia bahawa mereka tidak telus dalam setiap laporan siarannya kepada penonton. : KitaReporters
Laporan dokumentari yang memburukkan Malaysia di mata dunia
Video yang berdurasi sekitar 25 minit itu bertajuk "Locked in Malaysia' s Lockdown" ternyata mengguriskan maruah negara ini apabila laporan cerita yang memberitahu kononnya Malaysia mengamalkan perintah berkurung secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Hakikatnya kerajaan telah sedaya upaya mengawalnya secara tertib dan teratur sehingga tercatat antara negara yang paling berdisplin di dunia dalam pengawalan COVID-19.
Jangan kita melupai dan seharusnya berbangga Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham telah dinamakan dan dicoretkan dalam lipatan sejarah bahawa beliau antara doktor yang terbaik dunia melawan krisis wabak berbahaya itu.
Bukti barisan frontliner yang diketuai Datuk Dr Noor Hisham yang berjaya mengatasi penularan wabak COVID-19
Pengorbanan kakitangan kesihatan dan frontliners yang lain sanggup bersengkang mata sehingga ke subuh mempastikan COVID-19 tidak terus merebak adalah bukti bahawa Malaysia komited terhadap bencana yang melanda itu.
Sikap iri hati Barat yang sentiasa tidak berkesudahan itu turut ditambahkan lagi dengan isu pengurusan warga asing yang dikatakan bersifat kuku besi serta prejudis sepanjang tempoh mendiami di negara ini.
Malaysia juga dikatakan turut gagal menjaga kebajikan pemegang kad UNHCR (Pesuruhjaya bagi Pelarian Bangsa-bangsa Bersatu) sehingga mereka merempat dan keperluan mereka tak dijaga seperlunya mengikut persetujuan.
Sebahagian dari pemegang kad UNCHR yang mendiami di negara ini
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang diumumkan terutama di kawasan kelompok mendiami warga asing digambarkan media tersebut sebagai pengawasan lagak brutal dengan pengoperasian penguatkuasaan gaya junta.
Akibat dari perbuatan memuat naik dokumentari itu dan ditayangkan kepada dunia tempoh hari, seluruh rakyat Malaysia telah bertindak mengecam dengan berbagai jenis kutukan dan makian yang melampau tanda protes terhadap video itu.
Agenda memalukan Malaysia boleh dikatakan tidak berjaya oleh puak Barat keparat itu kerana video tersebut mengumpulkan sebanyak 64,000 jumlah yang tidak menyukai dan hanya 916 orang yang menyukainya.
Video yang dimuat naik oleh Al Jazeera English
Sudah pastinya keputusan dapatan itu menunjukkan bahawa penduduk dunia sudah mengetahui bahawa Malaysia terkenal dengan kepatuhan warganya dan tidak perlu untuk dimanipulasikan faktanya dengan sebuah video dokumentari palsu.
Namun pastinya sedikit sebanyak Malaysia terkena tempiasnya bagi mereka yang menyebarkannya melalui lisan atau memuat naik status video apabila sesudah menontonnya acap kali.
Agenda Barat sangat bangsat!!
Kesan daripada kandungan paparan video yang tidak benar itu, seluruh pelayar yang hadir mengesyorkan untuk melaporkan keberadaan video itu kepada Facebook dengan ketik butang "report" agar dapat dinyahaktifkan dari sosial media hari ke hari.
Wartawan yang membuat dokumentari khas palsu mengenai penularan wabak COVID-19 di Malaysia
Respons-respons netizen yang membuak marah yang dikongsikan menerusi ruangan komentar berharap dapat sokongan padu dari rakyat di negara ini untuk "report" dan menghapuskannya sesegera boleh.
Video yang dianggap tidak berguna itu sangat mengguris hati rakyat Malaysia yang sebenarnya bermati-matian mengekang wabak itu dari berleluasa dalam tempoh ia diwartakan.
Kelegaan dan keseronokan itu dirobeknya dengan paparan bukan bersifat puji-pujian, malah palsu yang boleh mendatangkan kacau bilau perasaan penduduk setempat yang menontonnya.
"Al Jazeera itu yahudi punya, biasalah. Ejen yahudi burukkan islam dan Malaysiaa, nanti bolehlah diorang kata Islam kejam dan pengganas.
"Bangganglah Al-jazeera ni, tak berguna bodoh! Report page dia, misleading news", ujar salah seorang netizen geram.
Respons dari netizen yang dihujani dengan makian dan kata-kata geram
Oleh demikian kita harus berwaspada dan bersatu hati dengan anasir luar dan dalam untuk menghancurkan penyatuan yang dibina selama ini.
Benarlah kata orang tua dahulu, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakatnya. Rapatkan saf kesefahaman berteguhlah sesama kita dan jangan mudah melatah.
Ketika ini ramai musuh yang tidak senang dengan kejayaan kita bersama.
Oh! Tanah tumpahnya darahku, waspada! - KitaReporters