Siya Kakkar: Bintang TikTok di India bunuh diri? Mengapa?
Published bySECARA umumnya TikTok adalah aplikasi perkongsian video dalam tempoh lima belas saat; dan banyak diakses melalui telefon bimbit. Lazimnya jika seseorang ingin popular dan kreatif melalui ekspresi diri dengan menggunakan platform media sosial seperti TikTok; dengan harapan mendapat tontonan jutaan pengikut (followers) dan peminat-peminat mereka. : KitaReporters
Siapa sangka seorang bintang TikTok terkenal di India, Siya Kakkar sanggup bunuh diri (pada 25 Jun 2020) tanpa sebab yang diketahui ramai.
Dia seorang yang aktif dalam laman sosial (Instagram, Snapchat dan YouTube) dan sering memuat naik video menari menerusi akaun TikTok.
Umur baharu enam belas tahun, punyai raut wajah yang menawan dan jelita persis seorang artis heroin pelakon Bollywood; ditemukan mati di kediamannya (tinggal bersama keluarga) di Vasant Vihar, New Delhi di India.
Lebih satu juta peminat-peminatnya dalam media sosial (medsos) berasa terkejut dengan tindakannya “bunuh diri” dalam usia muda remaja; bagaikan hidup ini penuh dengan kesengsaraan dan kekejaman.
Antara kesan negatif oleh kaki-kaki "TikTok" yang sanggup membunuh diri dengan pelbagai sebab yang tidak diketahui punca sebenarnya.
Persoalannya, apa masalah Siya?
Ada yang berkata, dia mengalami masalah tekanan hidup dan tidak kurang juga ada desas-desus mengatakan dia hadapi gangguan mental.
Selain itu
juga, terdapat kenyataan (dengar cakap) beliau ada mempunyai kaitan dengan kes “bunuh diri”
oleh aktor kacak India, Sushant Singh Rajput beberapa minggu lalu.
Persoalannya, adakah mereka mempunyai hubungan intim atau
sebagai pasangan kekasih?
Walau apa
pun alasan, sebagai seorang remaja yang baharu mengenali kehidupan dunia realiti
tidak sepatutnya mengambil jalan singkat untuk mengakhiri hidup yang bermasalah (jika
benar) tanpa berfikir panjang.
Memetik laporan Zee News, pihak polis New Delhi dalam satu siasatannya telah mengesahkan kematian Siya disebabkan dia mengalami tekanan hidup sejak kebelakangan ini.
Pihak polis turut menafikan kematiannya ada kaitan dengan kes “bunuh diri” oleh aktor kacak India berusia 34 tahun yang terlibat dalam filem Kai Po Che, arahan Abhishek Kapoor beberapa minggu lalu (8 Jun 2020).
Dalam perkembangan yang lain, kerajaan India telah mengharamkan aplikasi TikTok dan beberapa lagi aplikasi lain buatan China dengan alasan ia mengganggu privasi seseorang serta mendatangkan bahaya kepada keselamatan negara itu.
India merupakan pasaran asing terbesar TikTok dengan anggaran lebih 120 juta pengguna. - Kitareporters.com
Sumber:
https://www.filmibeat.com/bollywood/news/2020/siya-kakkar-death-police-confirms-tik-tok-star-was-under-stress-denies-sushant-case-angle/articlecontent-pf311104-300650.html
https://www.investopedia.com/what-is-tiktok-4588933
http://www.astroawani.com/berita-dunia/india-haramkan-penggunaan-tiktok-wechat-249189
video: blob:https://www.thesun.co.uk/2cf77c3d-284c-46ba-a252-8ab2cc483122