Berita Terkini| Tarantula hasil kepakaran tempatan! Kenderaan berperisai pertama buatan Malaysia
Published byKENDERAAN berperisai pertama buatan Malaysia yang dinamakan
Tarantula HMAV4X4 tercipta menggunakan sepenuhnya hasil teknologi dan kepakaran
rakyat Malaysia.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob pada sidang media Majlis Penamaan Kereta Perisai Mobiliti
Tinggi 4×4 (HMAV4x4) di Kuala Lumpur pada 2 April 2021.
Menurut beliau, nama kenderaan berperisai mobiliti tinggi
itu diambil daripada nama Tarantula iaitu kumpulan labah-labah yang bertaring
besar.
“Pelbagai penilaian serta ujian telahpun dilakukan seperti ketahanan di lebuh raya, ujian muatan, kecekapan, ujian mendaki serta cerun serta penggunaan minyak.
“Kita telah adakan ujian selama sembilan hari melibatkan
perjalanan sejauh 700 kilometer (km) di atas jalan raya dan 300km secara
‘off-road’ selain beberapa ujian berhalangan yang lain.
“Semua ujian atau tatacara uji nilai ini dilaksanakan mengikut
piawaian telah ditetapkan oleh pihak Tentera Darat (TD) Malaysia setanding dengan
pelaksanaan pada peringkat antarabangsa," kata Ismail Sabri. - KitaReporters