Abd Rahman Ahmad menunjukkan keadaan kawasan rumahnya yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap.


BANJIR akibat hujan lebat berlaku kali ketiga di Kampung Iboi, Kupang pada petang 6 September 2022 menyebabkan banyak rumah di pinggir Sungai Iboi, sekali lagi dilanda banjir lumpur

Dalam kejadian banjir pada petang selasa itu, jambatan Bailey Sungai Iboi yang baru dibina selepas banjir pertama hampir dua bulan lalu turut terkesan. Jambatan itu didapati renggang dari tapak asal sejauh tiga meter.

Tinjauan KitaReporters pada petang 7 September 2022 ini mendapati usaha-usaha membaik pulih jambatan sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Baling dengan bantuan anggota dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling.


Abd Rahman Ahmad


Sementara itu dalam kalangan penduduk yang terjejas akibat banjir kali ketiga ini, rumah mereka kembali dipenuhi lumpur pasir dan sampah sarap terbaharu dengan bencana itu.

Abd Rahman Ahmad, 69, ketika ditemui berkata penduduk Kampong Iboi masih bertenang walaupun sudah tiga kali rumah mereka dilanda banjir, lumpur, sampah sarap serta kerosakan peralatan rumah yang tidak sempat diselamatkan semasa banjir melanda.

Menurut isteri Abd Rahman, Sapiah Abdullah, 65, mereka bersyukur kerana kira-kira 10 anggota APM Baling datang 

membersihkan lumpur dalam rumah mereka hari ini (7 September 2022).

Abd Rahman merayu pihak berkuasa usahakan sesuatu agar kejadian banjir tidak berulang supaya mereka dapat hidup aman seperti sebelum berlaku kejadian banjir pertama pada Julai 2022 lalu.

Katanya lagi, mereka telah tinggal di kawasan itu selama lebih enam puluh tahun dalam aman damai tanpa bencana besar, dan jika berlaku banjir pun tidak seburuk yang berlaku baru-baru ini.

Sementara itu, beberapa mangsa banjir yang ditemui merayu pihak berkuasa mengotakan janji mereka untuk melakukan sesuatu bagi mengelak kejadian banjir daripada terus berulang. - KitaReporters


Abd Rahman dan isteri, Sapiah Abdullah

12
12
0
12
0

Copy Link: