BARU-BARU ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV). Mereka telah ditempatkan di Hospital Sungai Buloh, Selangor dan telah memberi kebimbangan kepada para staf di hospital tersebut. : KitaReporters.com

Bernama melaporkan pada Rabu, 29 Januari 2020, tiga lagi kes positif (nCoV) dilaporkan, menjadikan jumlah kes yang disahkan di Malaysia meningkat kepada tujuh setakat ini. 

Sementara itu, seorang Pakar Kanak-kanak Hospital Sungai Buloh, Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi memuat naik di Twitter bahawa beliau perlu "oncall" bagi memberikan rawatan dan menjaga pesakit dari Wuhan ini pada Isnin, 27 Januari 2020, dan meminta netizen untuk mendoakan keselamatan staf di sana.

Rata-rata netizen yang membaca ciapan (tweet) ini mendoakan keselamatan doktor dan staf di Hospital Sungai Buloh. 

Bukan itu sahaja, ada netizen yang mempersoalkan mengapa pelancong-pelancong ini dirawat di Malaysia bukannya dihantar balik ke China.


Tetapi seorang netizen telah menjawab persoalan orang lain di Facebook dan memberikan sebab mengapa mereka tidak boleh dihantar balik tetapi perlu dirawat di Hospital Sungai Buloh itu.

Menurut Norhidayah Aziz (https://www.facebook.com/norhidayah.aziz.9/posts/10157669505033930) ini kerana:

Kenapa coronavirus infected hantar ke Sungai buloh?

Kenapa tak hantar balik China?

1) Sg Buloh ada Makmal Kemudahan Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK). Kuman nCoV ini kuman novel. Erti kata lain ia kuman coronavirus yang telah bermutasi menjadi kuman baru yang dunia tak pernah jumpa sebelum ini. Kuman ini dipanggil “exotic virus” kerana tidak ada ubat SPESIFIK untuk merawat mahupun vaksin untuk mencegah. Makmal ini juga adalah makmal kawalan penyakit berjangkit berbahaya seperti SARS, MERS dan EBOLA.

2) Makmal makmal biologi dunia diklasifikasikan kepada 4 tahap berbeza. Bio-Safety Level 1 (BSL 1) untuk kuman biasa biasa. Seperti kuman jerawat pada muka. Atau kuman di celahan tahi gigi yg biasa biasa saja. Semakin berbahaya predictive mikroorganism di dalam sesuatu sample, semakin tinggi tahap BSL untuk mengendalikannya. Yang paling tinggi ialah BSL 4. Makmal ini mengendalikan exotic pathogen, seperti 2019-nCoV.


3) Oleh itu, anda tidak boleh sewenang wenang menghantar sample darah pesakit ke makmal BH atau makmal KPJ atau mana mana makmal hospital kerajaan yang tidak ada kepakaran kawalan penyakit berjangkit. Mereka tidak ada SOP, BUILT-IN FACILITY dan kepakaran staff utk mengendalikan exotic virus. Oleh itu, sample darah pesakit perlu dihantar ke makmal kesihatan awam kebangsaan, lokasinya di sungai buloh.

4) Suspected 2019-nCoV tidak menunjukkan simptom ketika memasuki negara ini. Hanya apabila berada di dalam negara mereka menunjukkan simptom jangkitan. Maka KKM mengambil langkah kuarantin dan menghantar pulang warganegara China yg negatif 2019-nCoV

5) Kenapa tak hantar balik semua? Persoalan yang perlu tanya diri sendiri. BAGAIMANA? Bagaimana kita boleh hantar pulang pesakit yg dijangkiti, perumah kepada ribuan mungkin jutaan sel virus tanpa meresikokan orang disekeliling? Proses penghantaran meliputi kawasan darat dan laut. Dalam dan luar negara. Bagaimana jika berlaku unexpected “casualties”? Melainkan kita ada kapal terbang pandu sendiri atau kapal selam tenggelam sendiri yang dijamin sampai ke destinasi tanpa risiko tidak diingini didalam mahupun luar malaysia? Sedangkan disini, mereka dirawat dan DIKUARANTIN.

6) Bukan mudah mengendalikan exotic virus. Bertenang wahai rakyat. Nelfinavir protease inhibitor untuk HIV virus difahamkan berkesan. Berdoa pada tuhan, ambil langkah langkah pencegahan.

Semoga urusan staf di Hospital Sungai Buloh, Selangor dipermudahkan. Semoga kesihatan mereka dilindungi dan dipelihara ketika melaksanakan amanah serta tugas mereka. Amin!! - KitaReporters.com

6
2
0
0
0

Copy Link: