Badi pesawat penyebab kecelakaan? Presiden kelab bola dari Brazil, 4 pemain maut nahas udara!

Published by
KitaReporters

Presiden berserta empat pemain kelab bola sepak Palmas dalam divisyen empat Brazil bersama dengan juruterbang terbunuh dalam nahas pesawat ringan yang terhempas di Tocantins., Brazil pada 24 Januari 2021 - Kredit foto EPA.


Masih ingatkah lagi insiden kemalangan udara (pesawat syarikat LaMia) yang mengorbankan pemain-pemain kelab Chapecoense dari Brazil pada tahun 28 November 2016?

Sembilan belas orang pemain kelab bola sepak tersebut antara mereka yang terkorban dalam nahas udara di Colombia ketika penerbangan sedang menuju ke Medellin (Colombia). Seramai 71 orang ditemukan maut dan hanya enam orang sahaja didapati selamat.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pesawat:

https://kitareporters.com/search?search=pesawat


Tragedi pesawat terhempas di Colombia pada 28 November 2016 mengorbankan sembilan belas orang pemain kelab bola sepak Chapecoense dari Brazil . - Kredit foto: BBC 


Chapecoense dijadualkan bertemu Atelico Nacional (kelab Colombia) dalam perlawanan timbal balik pertama aksi final piala Copa Sudamericana bagi gelaran kedua paling berprestij selepas Copa Libertadores bagi liga bola sepak Amerika Selatan.

Tragedi itu turut meninggalkan kesan yang mendalam dan buruk kepada rakyat Brazil terutama peminat-peminat sukan bola sepak negara tersebut.

Seolah-olah ia telah membawa badi atau kecelakaan kepada kelab dan pemain-pemain mereka, sekali gus menjejaskan prestasi kedudukan kelab berkenaan dalam tangga liga Brazil (Serie A).


Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran pesawat ringan yang terhempas di Tocantins,Brazil. - Kredit foto EPA.


Tragedi nahas udara kini berulang kembali, terbaharu melibatkan sebuah kelab bola sepak ternama di Brazil.

Presiden berserta empat orang pemain kelab bola sepak Palmas dalam divisyen empat Brazil turut terbunuh bersama juruterbang selepas pesawat milik persendirian yang dinaiki mereka tiba-tiba terhempas sewaktu pesawat ringin itu baharu sahaja berlepas awal pagi Ahad, 24 Januari 2021.

Pesawat malang itu dikatakan telah bersiap sedia untuk menuju ke Goiania iaitu kira-kira 800 kilometer (500 batu) dari Tocantins bagi menghadiri satu perlawanan dengan kelab Vila Nova

Pesawat itu terhempas beberapa saat selepas meninggalkan landasan. 

Menurut kenyataan kelab tersebut, presiden Lucas Meira dan empat pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari kesemuanya didapati maut.

"Kelab amat sedih dengan tragedi ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga terbabit. Kami akan memberikan bantuan dan sokongan sepenuhnya kepada keluarga mangsa.''


Lokasi kejadian pesawat ringan terhempas dan terbakar mengorbankan presiden Lucas Meira dan empat pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari di Tocantins, Brazil. - Kredit foto: Zee News.


Memetik laporan Firstpost.com, seorang jurucakap Izabela Martins memberitahu The Associated Press bahawa empat orang pemain kelab itu sebelum ini didapati positif Covid-19 dan  telah melakukan kuarantin.

Ahad 24 Januari 2021 itu juga merupakan hari terakhir tempoh kuarantin bagi mereka dan disebabkan itu juga mereka secara berasingan telah dibawa dengan menaiki pesawat khas untuk ke Goiania dan malangnya hajat mereka tidak kesampaian untuk bersama dengan rakan-rakan lain(pasukan) apabila pesawat itu terhempas. - Kitareporters


Sumber:

https://metro.co.uk/2021/01/24/six-dead-as-brazilian-football-club-palmas-devastated-by-air-crash-tragedy-13958890/

https://www.bbc.com/news/amp/world-latin-america-38160713

1
0
2
0
0

Copy Link: