Tak terima kenyataan! Suami simpan jasad isteri di dalam tangki sejuk beku dan awet kriogenik
Published byJUNMIN memandang sayu ke arah foto isterinya, Zhan Wenlin yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru kira-kira empat tahun lalu. - Kredit Foto Mothership.sg.
Tiada manusia yang tidak sedih dengan kehilangan, dan perkara yang paling sulit dan sangat menyakitkan untuk dilalui adalah kehilangan yang tersayang. Melalui saat getir itu sangat memeritkan dan hanya mereka yang kehilangan sahaja tahu perasaan yang dialami ketika itu.
Keadaan sama turut berlaku kepada seorang lelaki dari Shandong, China yang tidak dapat menerima kenyatan isterinya telah pergi buat selama-lamanya dengan cara membekukan jasad isterinya ke dalam sebuah tangki sejuk beku sejak empat tahun lalu.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan isteri:
https://kitareporters.com/search?search=isteri
Mendiang Zhan Wenlin... mayatnya disejukbekukan atau diletakkan dalam status kriogenik.
Memetik laporan portal mothershi.sg, Gui Junmin kemudian nekad memasukkan jasad isterinya, Zhan Wenlin yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 2017 ke dalam tangki kriogenik dengan harapan isterinya dapat semula dan ‘kembali’ bersamanya.
Malah Junmin merasakan tindakan yang dilakukan itu
adalah bukti cintanya kepada isterinya dan yakin Wenlin belum meninggal dunia lagi tetapi hanya tidur.
Kini jasad isterinya ditempatkan di sebuah tangki
simpanan mayat kriogenik, mesin teknologi sains yang menggunakan suhu sejuk
beku bertujuan untuk membekukan serta mengawetkan jasad manusia.
Terdahulu, ketika melihat isterinya yang sedang kritikal pasangan itu membuat perjanjian untuk melaksanakan proses pengawetan tersebut.
Bagi mendapatkan persetujuan itu, Junmin meminta Wenlin supaya menggenggam tangannya sebagai tanda setuju untuk melaksanakan proses pengawetan kriogeniks ini.
“Dia sempat menggenggam tangan saya buat kali terakhir dan itu ialah tanda bahawa dia bersetuju.
“Saya sempat memberitahu kepadanya supaya dia hanya perlu
pejamkan mata dan tidurlah untuk seketika waktu,” ujar Junmin lagi.
Kini jasad Wenlin disimpan ke dalam tangki kriogenik pada suhu -196°C yang dipenuhi dengan 2,000 liter cecair nitrogen.
Lebih mengejutkan proses untuk pemindahan jasad tersebut ke dalam tangki sejuk beku itu mengambil masa yang lama iaitu 55 jam.
Kini bukan jasad isterinya seorang yang disimpan di dalam tangki kriogenics tetapi seramai 10 jasad lain berumur antara 13 dan 72 tahun dilaporkan telah dibekukan di Institut Penyelidikan Sains Kehidupan Yinfeng. - KitaReporters
BEBERAPA kakitangan Institut Penyelidikan Sians Kehidupan Yinfeng memeriksa tangki kriogenik yang menempatkan lebih 10 jasad yang telah menjalani proses pengawetan. - Kredit Foto South China Morning Post.