Berita Terkini| PKP 3.0 disambung 2 minggu lagi! 15 Jun hingga 28 Jun! Kes harian masih tinggi!
Published byPERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi berkuat kuasa 15 Jun hingga 28 Jun ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah kes harian masih melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu hingga semalam ialah 6,871.
“Sehubungan dengan itu, PKP 3.0 disambung untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.
"Senarai positif, negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Jumaat, 11 Jun 2021.
Mengenai senarai tersebut, boleh dirujuk kepada laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter