RAMAI yang berduka dengan penularan Covid-19 akibat daripada keadaan yang tidak menentu dan cukup bahaya. Namun bagi para peminat siri telefon pintar Samsung, golongan ini bagaikan baru sahaja masuk ke dalam syurga pada Ogos 2020 lalu.

Kenapa tiba-tiba mereka bagaikan masuk ke surga? : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan telefon:

https://kitareporters.com/search?search=telefon


Ini kerana, Samsung Galaxy Note 20 telah diperkenalkan secara rasmi pada awal Ogos 2020 yang lalu. Pihak syarikat gergasi telefon pintar itu telah memperkenalkan dua model di bawah siri yang sama iaitu Samsung Galaxy Note 20 dan Samsung Galaxy Note 20 Ultra.

Untuk anda yang mungkin tersedar akan kelahiran Samsung Galaxy Note 20 ini di pasaran, jadi apa kata saya kongsikan 9 perkara paling menarik yang ada pada diri Galaxy Note 20 ini :

1. Nearby Share

‘Posmen’ fail yang jauh lebih pantas dan cukup mudah berbanding siri-siri telefon pintar Samsung sebelum ini.


2. S-Pen yang ditambah baik

Ia setanding Apple Pencil. Terdapat empat gestur “kayu ahli sihir” baharu iaitu melancarkan skrin multi tugas, melakukan tangkapan layar, kembali ke skrin pemula dan melakukan aksi back tanpa skrin disentuh.


3. Kadar segar semula 120Hz untuk skrin

Kadar segar semula ini juga adalah dari jenis Adaptive yang menggunakan perisian untuk menetapkan bilakah kadar segar semula 120Hz boleh diaktifkan. Ini sekali gus akan mengurangkan penggunaan bateri telefon.


4. Spesifikasi berkuasa untuk keperluan pengguna profesional

Dilengkapi cip pemproses Exynos 990 iaitu pemproses paling mercu dihasilkan oleh Samsung tahun ini. Ditambah dengan sehingga 12GB RAM LPDDR5.


5. Kamera boleh zum Sehingga 50x

Note 20 mampu melakukan zum hibrid sehingga 3X dan zum digital sehingga 30x. Note 20 Ultra pula lebih baik dengan zum optikal sehingga 5x dan zum digital sehingga 50X. Malah, kedua-dua telefon pintar ini juga mampu melakukan rakaman video pada resolusi 8K 24p yang tidak berjaya ditandingi oleh kebanyakan telefon pintar lain di pasaran.


6. Teknologi Jalur Lebar (Wideband) Ultra (UWB)

Note 20 adalah peranti pertama Samsung yang dilengkapi cip wideband ultra (UWB). Bukan untuk penghantaran fail sahaja, satu hari nanti anda boleh menjadikan Note 20 berfungsi sebagai kunci digital untuk membuka kereta atau pintu rumah. Ia juga boleh mencari barang yang hilang.


7. Samsung DeX kini nirwayar

Pengguna boleh menggunakan mod DeX pada skrin yang menyokong Miracast. Skrin kedua-dua telefon bimbit ini boleh digunakan sebagai pad sesentuh atau skrin sekunder biasa sebuah telefon pintar.


8. Samsung Notes kini lebih mesra pengguna

Buat pertama kalinya fail dengan format PDF boleh diimport sebelum disunting dengan bebas. Pascasuntingan pengguna boleh mengeksportnya pula dalam format Samsung Notes, Microsoft Word, PowerPoint atau PDF. Kemudian kesemua fail yang dihasilkan di dalam Notes boleh diselarikan ke storan awanan Microsoft.


9. Integrasi Android dan Windows 10 lebih mendalam menerusi aplikasi Your Phone

Bermula dengan Note 20, pengguna boleh melancarkan sehingga 5 aplikasi Android yang dipasang pada telefon pintar di dalam komputer Windows 10 secara nirwayar. Sebelum ini ia hanya boleh dilakukan secara berwayar menggunakan Samsung DeX untuk Windows 10. - KitaReporters


* Diolah kembali dari Amanz

1
0
0
0
0

Copy Link: