Berita Terkini| Kluster Bangkahulu: Bayi sebulan antara 195 jalani ujian calitan! 279 penduduk
Published byPROSES sanitasi di Masjid Bangkahulu, Tampin telah dilakukan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, pada 16 April 2021. - Kredit Foto utusan.com .
SEORANG bayi perempuan berusia kira-kira sebulan antara 279 penduduk Kampung Bangkahulu di Tampin, Negeri Sembilan yang menjalani ujian calitan Covid-19 susulan tercetusnya Kluster Bangkahulu.
Perkampungan
itu kini melalui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua
minggu bermula pada Khamis, 29 April hingga 12 Mei 2021.
Menurut Setiausaha
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Rosmawati Abdullah, 49, bayi
berkenaan merupakan penduduk termuda, manakala penduduk tertua di kampung itu
yang melakukan calitan berusia 84 tahun.
“Di kampung ini terdapat 111 rumah, namun buat masa ini hanya 89 rumah yang berpenghuni.
“Rumah yang
tidak berpenghuni didapati telah dihantar ke hospital bagi menjalani rawatan
dan ada juga rumah yang dijadikan sebagai kediaman persinggahan sahaja,”
katanya yang dipetik oleh Kosmo, Khamis 29 April 2021.
Sementara
itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza
Sharudin berkata, sebanyak 195 daripada 279 penduduk telah menjalani ujian
calitan Covid-19 dan bakinya akan diselesaikan dalam masa terdekat.
“Kes mula
dikesan pada 15 April (2021) lalu dan sehingga kini sebanyak 39 kes positif Covid-19
telah direkodkan dalam Kluster Bangkahulu.
“Penduduk
yang positif kini ditempatkan di tiga buah hospital iaitu Hospital Tampin,
Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban dan juga Hospital Segamat,” katanya.
Dalam masa
juga, Suhaiza berkata terdapat penduduk yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan
Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Sebelum ini,
Masjid Bangkahulu ditutup kira-kira dua minggu susulan pengesanan kes positif
Covid-19 membabitkan imam masjid berkenaan.
Kerja-kerja
sanitasi oleh pasukan bomba telah dijalankan pada 16 April 2021 selepas
pengesanan tersebut dibuat. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
Gambar hiasan... Kes dikesan pada 15 April lalu dan sehingga kini sebanyak 39 kes positif Covid-19.