Video| Misteri: Banjir air susu di Jakarta? Bah air putih gemparkan penduduk di Sunter Jaya!

Published by
KitaReporters

Beberapa orang kanak-kanak seronok bermain air banjir berwarna putih seperti air susu di hadapan kediaman meraka di Jalan Telaga Jaya, Kelurahan Sunter Jaya, Jakarta, Indonesia pada 18 Februari 2021. - Kredit foto: Video Instagram Seputer Sunter dan Dream.co.id.


JIKA sesuatu kawasan dilanda banjir pada kebiasaan airnya keruh atau jernih bergantung kepada keadaan tempat di mana kejadian itu berlaku.

Seperti mana yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini kebanyakan tempat mengalami banjir air keruh, kotor dan berlumpur. Ia kemungkinan disebabkan faktor pembalakan, penerokaan hutan atau pembukaan tanah dan sebagainya.

Tetapi berbeza dengan banjir yang terjadi di Pattani, Selatan Thailand yang didakwa keadaan airnya bersih dan jernih. Malahan jika seseorang meredah banjir tersebut tidak rasa bimbang dan takut.


Di Malaysia, bah air merah! Di wilayah Pattani, Thailand ada banjir air biru! Tapi betul ke? - KitaReporters


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan aneh:

https://kitareporters.com/search?search=aneh


Banjir air berwarna putih seperti air susu atau air basuhan beras yang pertama kali berlaku di Perkampungan Sunter Jaya di daerah Tanjing Priok mengembirakan kanak-kanak bermain di halaman rumah mereka.


Namun apa yang berlaku di negara jiran tetangga kita, Indonesia ia agak berbeza sama sekali, di mana air banjirnya berwarna putih seperti air susu atau air basuhan beras

Kejadian ini berlaku pada petang Khamis, 18 Februari 2021 semasa hujan lebat yang turun melanda kawasan Perkampungan Sunter Jaya di daerah Tanjung Priok, Jakarta hingga menyebabkan banjir.

Bagaimanapun banjir kali ini disifatkan penduduk di Jalan Telaga Jaya, RT 16 RW 01, Kelurahan Sunter Jaya sebagai misteri.




Setelah hujan lebat yang melanda kawasan tersebut penduduk setempat melahirkan rasa terkejut dan hairan kerana fenomena air banjirnya berwarna putih seperti air susu, lapor portal Dream.co.id pada Jumaat, 19 Februari 2021.

Malahan menurut laporan tersebut, video yang beredar dalam media sosial memperlihatkan sejumlah kanak-kanak yang bermain banjir menjerit-jerit " air susu, air susu."

Penduduk setempat yang menyaksikan fenomena banjir putih ini menyifatkan sebagai misteri dan mengejutkan

Bagaimanapun bagi mereka kejadian yang berlaku pertama kali di kawasan itu agak menghairankan kerana airnya seperti warna air basuhan beras tidak melekit atau berbau.

Sebelum ini, jika berlaku banjir di kawasan tersebut airnya tidak berwarna dan surut dengan cepat.


Kejadian banjir air berwarna putih di Perkampungan Sunter Jaya, mengejutkan penduduknya dan mereka menyifatkannya sebagai misteri.


Lapor Dream.co.id. sehingga ini belum dapat diketahui apakah yang menjadi punca air banjir di perkampungan berkenaan menjadi putih seolah-olah seperti air susu.

Sebuah video yang memaparkan kejadian banjir seperti air susu di kampung berkenaan dirakam dan disebarkan melalui Instagram akaun Instagram @seputar.sunter. 

Melaluinya kelihatan beberapa orang kanak-kanak seronok bermain air banjir berwarna putih seperti air basuhan beras atau air susu dihadapan premis kediaman mereka. - KitaReporters


1
6
0
2
0

Copy Link: