Video| Pawang ular kebal bisa akhirnya mati dipatuk ular! Mangsa cuba cium mulut King Cobra!
Published byUlar King Cobra atau tedung selar yang mematuk lidah Bernardo Alvarez ketika dia cuba mencium mulut ular itu. - Kredit foto: The Sun
SEORANG lelaki yang mendapat jolokan dengan panggilan manusia ular atau kebal dengan pelbagai spesis ular yang berbisa di negara Filipina akhirnya mati dipatuk ular tedung selar (King Cobra) ketika mangsa sedang beraksi di hadapan penduduk setempat di Kota Mangaldan pada 9 julai 2021 lalu.
Bernardo Alvarez, 62, sebelum itu dikatakan berjaya menangkap haiwan berbisa itu yang disaksikan oleh penduduk kampung dan ular tedung selar itu dikatakan mematuk lidah pawang ular itu ketika mangsa cuba mencium ular berkenaan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ular
BERNARDO Alvarez dengan aksinya sedang mencium seekor ular tedung selar sebelum haiwan yang berbisa itu mengigit lidah pawang ular itu. - Kredit foto: The Sun
Dipetik laporan The Sun pada 14 Julai 2021 lalu melaporkan, sewaktu itu orang ramai yang menyaksikan aksinya bersorak serta gembira kerana kehebatan pawang ular yang tersohor itu berjaya menangkap seekor ular tedung selar yang berbisa.
Namun kata The Sun, ketika sekali lagi Bernardo dengan gaya aksinya yang tersendiri di hadapan penonton bertindak memegang ular itu menghala ke bibirnya seolah-olah dia ingin mencium haiwan itu.
``Tetapi secara tiba-tiba cobra itu menyerang mangsa dan mematuk lidah Bernardo dan dia terkejut serta menjerit kesakitan dan ular itu dibuang ke tanah.
``Beberapa minit kemudian, Bernardo tidak sedar diri dan meninggal dunia semasa menunggu petugas kesihatan datang merawatnya,’’ kata The Sun.
Kredit Foto : The Sun
Orang ramai yang bersimpati dengan nasib Bernardo menjadi marah dengan ular berkenaan yang mematuk pawang ular itu sehingga mati dan akhirnya mereka memukul haiwan itu sampai mati juga di situ.
Ular tedung selar dari Filipina Utara itu disifatkan sebagai antara spesis yang paling berbisa di dunia.
Petugas kesihatan yang tiba ke lokasi itu gagal menyelamatkan Bernardo kerana mangsa sudah meninggal dunia beberapa minit selepas kejadian akibat gigitan ular yang berbahaya itu.
BERNARDO mempamerkan aksinya di depan penduduk kampung dengan seekor ular King Cobra yang berjaya ditangkap di Kota Mangaldan. - Kredit foto: The Sun
Sementara itu, Pegawai Perubatan, Dr. Anna De Guzman berkata racun ular itu sangat berbisa boleh menyebabkan kelumpuhan kepada manusia.
Dr. Anna berkata, kelumpuhan itu boleh menghentikan penafasan mangsa selain mempengaruhi pengaliran oksigen dalam tubuh badan yang akhirnya menghentikan denyutan jantung mangsa.
``Serangan racun ular itu begitu pantas menyerang jantung mangsa yang akhirnya pawang ular itu meninggal dunia,’’ ujarnya.
Sebelum itu, dalam kejadian lain yang berlaku pada 20 Jun 2021 lalu, seorang pawang ular yang bernama, Alwi di Banjarbaru, Kalimatan Selatan, Indonesia juga digigit seekor ular ketika dia sedang membuat persembahan ular kepada pengunjung pasaraya di Q Mall di daerah itu.
Alwi yang berusia 40 tahun bagaimanapun tidak meninggal dunia kerana mangsa sempat dirawat di Hospital Ratu Zalccha, Martapura. - KitaReporters