Video| 3 figura hebat dalam TikTok! Bukan sekadar hiburan semata-mata! Tapi juga berkongsi ilmu!
Published bySEBUT saja TikTok, ada sesetengah masyarakat mula memberi gambaran negatif! Tak dinafikan apa yang diperkatakan oleh mereka ada benarnya tetapi jika kita gunakan media sosial ini ke arah yang betul, pasti hasilnya positif juga!
Aplikasi TikTok kita tahu ia adalah platform untuk orang memuat naik video pendek untuk tatapan orang ramai. Betul ke TikTok ini semua negatif je? Tak ada yang baik langsung ke?
Jom kenali tiga figura yang terkenal dalam kalangan warga TikTok. Belum muat naik? Boleh kemas kini sekarang.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan figura atau ikon
1. Azri Walter:
Nama beliau mula menjadi sebutan ketika beliau menceritakan pengalaman hidupnya dari zero hingga berjaya dalam bidang usahawan. Oo lupa bagitau, Azriwalter ini adalah seorang usahawan barbershop yang berjaya dan sehingga kini, beliau telah membantu ramai anak muda dalam bidang tersebut.
Tagine beliau 'simple' iaitu gelak dia. Tu je tapi cara dia gelak tu yang jadi mahal semula.
Perkongsian beliau yang bersahaja dalam bidang usahawan ini membuktikan bahawa kerja dalam dunia jurujual atau usahawan ini bukan sesuatu yang mudah.
Betapa kerasnya hidup ini. Ini juga memberi gambaran sebenar kepada mereka yang ingin memasuki bidang tersebut.
Namum begitu, bagi orang yang sudah lalui jatuh bangun sepak terajang dalam bidang perniagaan ini, pasti ada cara untuk bangkit kembali.
Dengan ilmu dan pengalaman itulah beliau kongsi semula dengan harapan orang di luar sana akan dapat bangkit dan kuat harungi liku-liku hidup ini.
2. Azrul Affandi Sobry:
Beliau lebih dikenali dengan penceritatv yang sering mengangkat isu semasa dan isu rakyat.
Sering kupas dengan fakta meskipun durasi tidak panjang dan jawapan yang diberikan begitu padat menyebabkan orang sering tertunggu-tunggu kupasan daripadanya.
Malah, ramai yang mengadu atau kongsi pengalaman yang sama dengan beliau.
Berlatarbelakangkan sebagai wartawan, ini sudah pasti memudahkan beliau berkongsi akan sesuatu isu itu. Pelbagai isu akan disentuh seperti, kesihatan, politik, masalah rakyat, dan banyak lagi.
Isu yang diangkat oleh penceritatv sememangnya dekat dengan rakyat dan ini antara sebab kenapa penceritatv menjadi pilihan warga TikTok.
Mungkin sebab kerjaya sebagai wartawan antara faktor isu ini dapat diangkat lebih serius dan lebih berkesan.
3. Ustaz Wadi Annuar
Bagi mereka pengguna TikTok 'tegar', figura ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Video atau ceramahnya sering dikongsi oleh warga TikTok.
Lihat, sapa kata TikTok tak ada benda yang baik. Dah pergi tengok benda pelik, memang tak jumpalah benda lain. Ehh.
Satu perkara yang harus diberi pujian adalah kerana Ustaz Wadi mengikuti peredaran masa. Beliau tahu TikTok menjadi pilihan generasi muda maka beliau masuk dalam jiwa generasi muda melalui video pendek di TikTok.
Secara tidak langsung, bagi mereka yang menonton, akan dapat ilmu dan beliau bertuah jika video tersebut menjadi asbab kebaikan untuk seseorang berubah menjadi lebih baik.
Secara ringkas, bukan tiga orang ini sahaja, sebaliknya terdapat banyak orang hebat sering berkongsi di TikTok seperti Upin dan Ipin. Begitu begitu banyak ilmu bermanfaat yang ada di TikTok ini tetapi sesetengah orang suka stereotaip akan apps ini.
Mana-mana aplikasi pun, kalau tidak guna dengan cara betul, mesti kesan dia tetap buruk tetapi selagi kita guna ke arah kebaikan, kesan dia tetap ada meskipun ia tidak banyak atau kurang mendapat sambutan.
Hentikam stereotaip sebaliknya gunakan apps yang ada untuk kongsi ilmu yang berguna pada masyarakat. - KitaReporters