Situasi di PKRC MAEPS 2.0 kini semakin mencabar dengan kemasukan lebih ramai pesakit Covid-19. - Kredit foto: Freemalaysiatoday.


SITUASI di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) kini semakin mencabar dengan kemasukan lebih ramai pesakit Covid-19 kategori 3.

Jabatan Kesihatan Selangor berkata, sebelum ini hanya mempunyai 60 katil untuk kategori 3.

"Januari (2021) lalu, PKRC MAEPS hanya mempunyai 60 katil untuk kategori 3 tetapi kini PKRC Bersepadu MAEPS sudah menempatkan 757 pesakit kategori 3.

"Kita juga bercadang menambah kapasiti ini kepada 1,000 katil bagi menyokong sistem kesihatan di Lembah Klang selaras dengan peningkatan angka pesakit Covid-19 terkini," katanya dalam kenyataan media pada Ahad 16 Mei 2021.

Kini pesakit dengan kategori 3 ditempatkan di dewan berdekatan dengan Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara supaya pemantauan lebih rapi dapat dilaksanakan, manakala pesakit kategori 1 dan 2 yang stabil ditempatkan di Dewan DG.

"Bagaimanapun, pihak PKRC akan berusaha sebaik mungkin memisahkan kategori pesakit warganegara dan bukan warganegara di dewan berkenaan.

"PKRC MAEPS juga mengucapkan terima kasih dan menyambut baik isu proses kemasukan yang dinyatakan pengadu dan akan melihat kembali serta melakukan penambahbaikan proses itu dari semasa ke semasa," katanya.

Sebelum ini tular dalam media sosial berhubung aduan bahawa PKRC MAEPS tidak selesa dan selamat berikutan pesakit yang positif terlalu padat dan ditempatkan bersama sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

Mereka mengadu tidak diberikan kemudahan asas seperti cadar, bantal dan mula mengalami batuk biarpun ketika mula dibawa ke situ mereka adalah kategori tiada gejala. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

KEMASUKAN pesakit yang semakin bertambah setiap hari. Kredit Foto Berita Harian.

0
0
0
0
0

Copy Link: