Penduduk risau! Kes COVID-19 naik! Jumlah pelancong banyak!
Published byPenduduk Terengganu mula merasai tidak senang dengan adanya kes baharu penularan COVID-19 yang dilaporkan berlaku di negeri ini. Mereka kini dalam keadaan gelisah dan berwaspada. Ini disebabkan status COVID-19 di Negeri Terengganu sehingga Jam 12.00 tengah hari pada hari ini, 30 September 2020 terdapat pertambahan tiga kes positif. : KitaReporters
Grafik Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menunjukkan tiga kes baharu COVID-19 di Terengganu
Lagi cerita-cerita dari Terengganu:
https://kitareporters.com/search?search=terengganu
Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meminta orang ramai mematuhi nasihat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti mengelak berada di tempat sesak dan sempit, meningkatkan kebersihan diri dan pakai pelitup muka.
“Saya pohon, jaga diri dan ahli keluarga kita. Kita masih dalam fasa PKPP dan belum menang,” katanya menerusi hantaran Facebook miliknya pada 30 September 2020
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membuat catatan dalam akaun Facebook miliknya mengenai perkembangan terbaharu COVID-19 di Terengganu
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) memohon kepada warga Terengganu supaya sentiasa mematuhi patuhi SOP yang ditetapkan.
“KKM akan menjalankan siasatan menyeluruh di lokasi dan kawasan yang pernah dikunjungi individu yang
disahkan positif COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan pada 30
September 2020.
Status terkini COVID-19 di Terengganu
Penduduk negeri ini juga turut bimbang dengan trend kebanjiran ramai pelancong dari luar negeri ini yang berkunjung ke pusat-pusat peranginan terkenal terutama di kawasan pulau termasuk Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas.
Malah, Terengganu dijangka mencapai sasaran lima juta pelawat domestik pada akhir tahun ini melebihi sasaran awal iaitu 4.5 juta pelancong.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata ia berdasarkan jumlah sedia ada menunjukkan sasaran tahun ini berada di landasan tepat dan pihaknya percaya angka itu dapat dicapai sehingga penghujung tahun ini.
“Kami
dapati berlaku peningkatan sekali ganda setiap bulan. Sebagai contoh di Taman
Tamadun Islam, pada bulan Jun hanya 34,000 pengunjung seterusnya meningkat kepada 50,000 orang dan mencecah 94,000 pengunjung pada
bulan Ogos.
“Ini
merupakan trend yang berlaku di semua pusat pelancongan sebab itulah kita
menjangkakan untuk dapat lima juta ini tidak mustahil dan munasabah walaupun
pada asasnya kita cuma sasar 4.5 juta pelancong yang datang.
“Disamping
itu, Industri pelancongan domestik Terengganu turut menunjukkan perkembangan
memberangsangkan apabila mencatatkan kadar purata penginapan kedua tertinggi di
Malasia selepas Pahang pada Julai 2020 sebanyak 65 peratus yang dikeluarkan
oleh Persatuan Hotel Malaysia, dan apabila melihat angka ini, memang sesuatu
yang luar biasa dan tidak mustahil untuk berjaya dalam sasaran kita,”ujarnya.
TAMAT