Rihanna hina Nabi! Guna hadis semasa fesyen pakaian dalam!
Published byPenyanyi antarabanga kelahiran Barbados, Rihanna, 23, telah menimbulkan kontroversi dan kemarahan para netizen dan umat Islam seluruh dunia dalam laman ‘Tweeter’ yang kini trending kerana menggunakan hadis junjungan Nabi Muhammad SAW dalam sebuah lagu ‘tema’ yang digunakan semasa pertunjukan fesyen “pakaian dalam” atau lingerie keluaran syarikatnya iaitu Savage X Fenty pada 2 Oktober 2020 lalu. : KitaReporters
Pertunjukan fesyen “pakaian dalam”atau lingerie keluaran syarikat Rihanna iaitu Savage X Fenty .
Pada majlis tersebut, lagu remix ciptaan DJ Coucou Chloe itu mengiringi
kemunculan model-model seksi dan berani ketika memperagakan koleksi terbaharu
Fenty.
Lagu bertajuk "Doom",
yang menjadi lagu latar persembahan (background) dimainkan bersama sampel vokal ‘narator’ mengenai sebuah hadis
Riwayat al-Bukhari, 1036 yang dibaca dalam bahasa Arab.
Rihana dikecam hebat oleh umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dengan menggunakan sebuah hadis dalam persembahan lagu dalam pertunjukkan fesyen 'Pakaian Dalam' baru-baru ini.
Hadis tersebut dipetik daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi
SAW bersabda:
Maksudnya: 'Tidak akan berlakunya kiamat sehingga diangkatnya ilmu (ilmu semakin berkurang), banyaknya gempa bumi, masa pantas berlalu, terzahirnya fitnah-fitnah, banyaknya al-Harj iaitu pembunuhan dan banyak dalam kalangan kamu harta yang melimpah ruah.'" (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1036)
Ketika penulis ingin memuat turut video lagu tersebut didapati kebanyakan portal berita dan YouTube sudah pun mengeluarkannya daripada diakses oleh mana-mana pihak untuk melihat dan mendengarkanya.
Terdapat juga klip video itu sudah dipangkas (crop) atau disunting (edit) semula bagi menggelakkan isu ini menjadi ‘panas’.
Susulan perkara itu, umat Islam dari seluruh dunia menuntut penyanyi kelahiran Barbados itu tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran kempen produknya yang dilihat menghina kesucian agama dan umat Islam.
Rihanna turut memberi reaksi dan komen segera kepada
peminat-peminatnya bahawa kononnya dia langsung tidak mengetahui hal buruk akan berlaku tetapi hanya menurut
sahaja perancangan pihak penganjur.
Malangnya, penyanyi itu turut dibidas oleh para pengkritik
dan media kerana mengambil sikap sambal lewa dan lepas tangan dalam program
tersebut.
Dia tidak sepatutnya menyentuh hal-hal atau sensitiviti keagamaan
bangsa-bangsa lain terutamanya Islam.
Sebelum ini, beliau juga pernah mendapat kecaman hebat daripada umat Islam kerana menjatuhkan imej Islam di depan sebuah masjid di Abu Dhabi dengan tampil pakaian berhijab dalam satu program iklan jenamanya. - Kitareporters
Sumber:
https://www.msn.com/en-my/entertainment/news/rihanna-is-being-accused-of-disrespecting-islam-during-savage-x-fenty-show/ar-BB19HWId?ocid=msedgntp
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3911-irsyad-al-hadith-siri-ke-445-maksud-masa-berlalu-dengan-begitu-pantas-di-akhir-zaman
https://www.kopiplanet.com/rihanna-dikecam-hina-islam-permainkan-hadis-di-pertunjukan-pakaian-dalam/
https://www.budiey.com/rihanna-dikecam-hina-islam-permainkan-hadis-di-pertunjukan-pakaian-dalam/
https://twitter.com/i/status/1313125189643894785