Video| Besarnya! Nelayan berjaya tangkap ikan kerapu gergasi 143kg! Guna panah! Sangka kayu buruk!

Published by
KitaReporters


AWALNYA, dua nelayan dari Kabupaten Buton, Sulawesi Tenggara, Indonesia menyangka sebatang kayu buruk yang hanyut di dalam laut tetapi rupa-rupanya seekor ikan kerapu gergasi seberat 143 kilogram yang berjaya ditangkap dengan menggunakan tiga batang anak panah di perairan laut Wasuemba, Kacematan Wabula pada 31 Mei 2022.

Ikan tersebut dijual kepada seorang pemborong pada harga Rp2.4 juta (kira-kira RM730.00).


Lagi



Portal detik.com pada 1 Jun 2022 dipetik melaporkan,  sebelum itu sebuah video viral dalam media sosial menunjukkan seekor ikan kerapu gergasi yang digantung dengan seutas tali pada sebatang pokok di tepi pantai

Kemudian terlihat berpuluh-puluh warga termasuk kaum wanita dan kanak-kanak datang melihat dan berada berhampiran  ikan tersebut.

Di dalam video tersebut, ternampak juga dua batang anak panah terpacak di kepala ikan kerapu itu selain gambar seorang nelayan dengan peralatan menyelam berada di dasar laut untuk menangkap ikan kerapu gergasi berkenaan.

Kemungkinan itu pertama kali nelayan dapat menangkap ikan kerapu yang besar menyebabkan warga di sekitar kawasan itu berduyun-duyun datang ke pantai untuk melihat ikan tersebut.


 


Nelayan yang berjaya menangkap ikan kerapu terbabit bernama Haris berkata, dia bersama rakannya, Ikbal, menyelam ke dasar laut di lokasi batu karang yang dipercayai ikan kerapu atau ikan-ikan lain yang besar berada di situ.

‘’Pada mulanya saya sangkakan ikan gergasi itu adalah sebatang kayu buruk tetapi ada sisik pula yang bergerak-gerak  dan setelah mendekatinya baharulah saya yakin batang kayu yang saya lihat dari jauh itu adalah ikan kerapu gergasi. 

‘’Saya tembak dengan menggunakan sebatang anak panah terkena di badan ikan itu dan ia masih bergerak lagi kemudian saya tembak dua batang anak panah lagi di kepala ikan itu lalu ikan itu menjadi lemah dan tidak bergerak lagi,’’ katanya seperti dipetik portal kendariinfo.com.

Selanjutnya, Haris memberitahu, selepas itu tali yang berada di anak panah yang terpacak di badan ikan berkenaan diikat pada pelampong untuk dibawa pulang ikan gergasi yang sudah mati ke pinggir pantai. 


 


Kejayaan Haris bersama Ikbal menangkap ikan kerapu itu dengan cara memanah telah menggemparkan warga setempat menyebabkanorang ramai mengambil kesempatan untuk bergambar bersama ikan tersebut yang digantung di sebatang pokok.

Bagi Haris pula, itulah pertama kali kejayaannya menangkap ikan yang sebesar itu juga merupakan rezeki anak-anaknya. - KitaReporters


17
15
0
10
0

Copy Link: