Kesiannya! Gara-gara bersih kolam, semua ikan koinya mati!

Published by
KitaReporters

MEMILIKI ikan koi atau ikan hiasan bukan calang-calang orang kerana memerlukan kolam yang besar dan penjagaan yang teliti, maklumlah penjagaan yang tidak tepat menyebabkan kerugian besar kepada pemiliknya! Perkara sama berlaku kepada seorang lelaki yang berkongsi pengalaman memeritkan itu di Twitter baru-baru ini. : KitaReporters

MATI semua ikan koi selepas mengupah seorang pekerja untuk membersihkan kolam berkenaan. - Kredit foto: Twitter @anthraxxx


Lagi cerita-cerita berkaitan haiwan:

https://kitareporters.com/tag/haiwan


Menerusi laman Twitter @anthraxxxx, beliau memuat naik kisah Muhd Ashnur yang memiliki berpuluh-puluh ekor ikan hiasan dan ditempatkan di sebuah kolam di kediamannya.  

Dia kemudian mengupah seorang pekerja untuk membersihkan kolam ikan koi miliknya.

Namun sayangnya apabila selesai pekerja berkenaan membersihkan dengan tujuan untuk memberi keselesaan kepada ikan hiasanya itu, lain pula yang berlaku apabila kesemua ikan berkenaan mati.

Alamak! nape jadi gitu?

Dalam perkongsian berkenaan dia memberitahu hatinya terlalu ‘panas’ selepas melihat semua ikan hiasannya mati.


“Saya betul-betul marah hari ini, sehingga saya mungkin kehilangan akal! Hari ini, saya mengupah seorang pekerja untuk membersihkan kolam ikan, dan dia betul-betul membersihkannya.

“Tetapi kesemua ikan saya telah mati. Apa anda fikir saya harus berurusan dengannya!” kongsinya.


Namun selepas perkongsian itu dibuat di Twitter ramai yang berkongsi pengalaman mengenai penjagaan ikan hiasan berkenaan. 

Rupanya membela ikan mahal itu mempunyai kaedahnya tersendiri!!

Dah nama pun ikan hiasan jaga pun kenalah la special sikit kan!

Menerusi kisah berkenaan, seorang netizen berkongsi pengalaman pernah mencuci kolam ikan hiasan milik bapanya dan hampir separuh ikan belaan bapanya mati.

Malah netizen berkenaan memberitahu, perlu mencampurkannya dengan air lama dan letakkan pam di dalam kolam sementara ketika membersihkan kolam agar ikan tidak kehabisan udara.

Oh…nak bersihkan kolam pun ada cara tersendiri.

TERMENUNG selepas semua ikan koi mati selepas membersihkan kolam.


Kongsinya lagi, kebiasaan ikan yang mati itu disebabkan perubahan air ketika membersihkan tangki dan kolam.

Malah, disarankan agar pemilik tidak melakukan perubahan air penuh, iaitu dengan meninggalkan separuh daripada air lama dan menggabungkannya dengan air baru.

Susah juga menjaga ikan mahal ni… namun melihat ikan-ikan yang gebu bebas berenang pasti membuatkan hati jadi tenang.

Semoga Ashnur tabah lalui derita tapi yakinlah setiap kejadian itu bersebab dan ternyata melalui kejadian berlaku rupanya ada pembelajaran baharu yang diterima hari ini.  - KitaReporters

4
0
11
1
2

Copy Link: