PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Covid-19 di Mukim Rasau,  Dungun, Terengganu membabitkan seramai 43,687 orang akan dilaksanakan selama 14 hari bermula esok Sabtu, 7 November 2020PKPB di kawasan berkenaan akan berakhir pada 20 November 2020 dan ia diadakan berikutan 26 kes positif dilaporkan di daerah itu pada Rabu, 4 November 2020. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan Covid-19:

https://kitareporters.com/coronavirus


Angka  itu bertambah lagi satu kes positif Covid-19 di daerah Dungun  menjadikan jumlah kesemuanya 27 kes sehingga semalam Khamis, 5 November 2020.




Perintah kawalan yang sama juga turut dilakukan di negeri lain bermula Sabtu, 7 November 2020 iaitu di Mukim Parit Buntar, Perak melibatkan jumlah penduduk 45,359 orang (12 kes positif Covid-19) dan Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan yang membabitkan 24,540 penduduk (11 kes positif).  

Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perlaksanaan  PKPB yang baru dilakukan di tiga negeri terbabit untuk mencegah penularan wabak Covid-19 di kawasan-kawasan berkenaan.




ISMAIL SABRI YAAKOB


Menurutnya, ia  tertumpu kepada kawalan pergerakan yang berkaitan majlis sosial dan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi bergantung kepada keperluan. 

``Dalam perkembangan lain,  kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi baru di negeri Sabah.

``Perlaksanaan PKPD itu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan bermula hari ini (6 November 2020) hingga 19 November 2020,’’ katanya pada sidang media perkembangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan  (PKPP) pada Khamis  5 November 2020.

Ismail Sabri berkata, sehingga Rabu 4 November 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sejumlah 440 kes yang positif Covid-19  PTS Tawau, Sabah membabitkan individu tahanan serta kakitangannya.

``PKPD PTS Tawau itu akan melibatkan 1,707 orang  yang terdiri 1,603 tahanan dan 104 kakitangan PTS itu,’’ ujarnya. - KitaReporters

Gambar hiasan.. Dua anggota polis mengadakan sekatan jalan raya di Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

2
0
1
0
0

Copy Link: