SEBAHAGIAN penduduk kampung mencari serta mendulang emas sejak dikatakan diketemukan di pesisir pantai Desa Tamilouw, Maluku Tengah pada 19 Mac 2021. - Kredit foto: Kompas.com


ANEHNYA kerana kebiasaannya emas didapati di sungai, lombong ataupun pergunungan, tetapi ia agak ganjil sedikit apabila Syarifah Arey bersama dua kakaknya pada mulanya menyangka manik bersinar tetapi rupanya kilauan emas ditemukan di pesisir pantai di Desa Tamilouw, Amahai, Kabupaten Maluku Tengah, Indonesia pada 19 Mac 2021 lalu. 

Ketika itu, wanita terbabit dan kakaknya sedang berjalan-jalan di tepi pantai itu dan tiba-tiba dari jauh mereka terlihat sesuatu benda yang bersinar seolah-olah manik lalu mereka menghampir lokasi itu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan emas:

https://kitareporters.com/tag/emas



KEADAAN pesisir pantai Desa Tamilouw. - Kredit Foto : Kompas.com


Syarifah berkata, sebaik sahaja tiga beradik tiba di lokasi itu, mereka amat terkejut kerana ia adalah ketulan emas yang terdapat begitu banyak di pesisir pantai berkenaan. 

``Saya mengambil beberapa ketul emas yang saiznya berupa ketulan batu kecil dan diletakkan pada tapak tangan kemudian kami memerhatikannya dan baharulah kami percaya ketulan itu adalah emas.

``Saya terkejut kerana sebelum ini saya biasa mendengar cerita tentang emas mudah diketemui di sungai dan lombong tetapi agak aneh juga kami menemui ia di pesisir pantai itu,’’ katanya yang merupakan orang pertama menjumpai ketulan emas di pantai Desa Tamilouw kepada Kompas.com pada 22 Mac 2021. 


KELIHATAN emas yang sudah didulang.


SEORANG wanita sedang mendulang emas di pantai Desa Tamilouw pada pada 22 Mac 2021. - Kredit Foto : Kompas.com


Berikutan dengan penemuan emas yang baharu dijumpai di kawasan pesisir pantai menyebabkan penduduk menjadi kecoh lalu orang ramai datang berpusu-pusu untuk mendulang emas tersebut. 

Kaum wanita menggunakan pelbagai peralatan termasuk kuali serta bakul bagi mendulang emas, manakala kaum lelaki pula membawa cangkul dan sekop untuk mengali pasir yang terdapat ketulan emas di tepi pantai itu. 

Menurut laporan Kompas.com dipetik berkata lagi, ada antara mereka yang mendulang emas di situ dalam masa empat hari boleh mendapat 10 gram dan purata penduduk memperoleh lima  gram dan empat gram. 



Penduduk Desa Tamilouw menganggap kemunculan emas secara tiba-tiba sejak seminggu lalu adalah rezeki mereka dan sepanjang pesisir pantai kira-kira 500 meter telah menjadi pesta mencari emas kerana ia turut didatangi penduduk dari luar kampung itu.

Kegiatan mendulang emas bukan sahaja dilakukan waktu siang sahaja malah ada penduduk yang mendulang emas sehingga lewat malam apatah lagi keadaan cuaca ketika ini amat baik. 



GOLONGAN remaja turut mencari emas


Sementara itu, Ahli Geologi dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) Ambon, Dr. Zain Tuakia berkata fenomena itu mungkin sahaja boleh berlaku di pesisir pantai berkenaan. 

``Ini kerana emas yang terdapat di lokasi itu kemungkinan datang dari sungai yang airnya mengalir keluar melalui muara yang terletak tidak jauh dari pantai desa itu. 

``Misalnya di gunung di wilayah itu, barangkali terdapat emas dan ia mungkin terkikis lalu dibawa air ke bahagian bawah dan seterusnya mengalir ke sungai terutama pada musim banjir baru-baru ini,’’ ujarnya. 

Dr. Zain berkata sekiranya tiada emas di kawasan gunung di wilayah itu mana mungkin emas berada di pesisir pantai Desa Tamilouw. - KitaReporters


79
30
17
14
14

Copy Link: