DALAM usaha menangani penyakit Koronavirus-2019  atau COVID-19, Indonesia terus mengambil langkah proaktif dengan menutup semua sesi persekolahan di Jakarta. Pengumuman berkenaan dikeluarkan oleh Gabenor Jakarta, Anies Baswaden yang meluluskan penangguhan semua sesi persekolahan berkenaan selama dua minggu bermula 16 Mac 2020. : KitaReporters

GABENOR Jakarta, Anies Beswan ketika mengumumkan penangguhan sesi persekolahan sebagai langkah menangani COVID-19 di Republik Indonesia. -Kredit foto: Kompas.com


“Kita terpaksa melakukan bagi mengurangkan interaksi sesame sendiri dan Gabenor memutuskan untuk menangguhkan semua sesi persekolahan di seluruh Jakarta serta  mencadangkan proses mengajar melalui kaedah jarak jauh bagi calon Ujian Nasional (UN) yang berlangsung pada Isnin (16 Mac 2020) ini,” katanya yang dipetik megapolitan.kompas.com.

Berdasarkan data sejak awal Mac, sebanyak 586 individu kini di bawah pemantauan, sementara 69 orang telah disahkan positif COVID-19. Sebanyak 4 kematian telah direkodkan.

MURID-MURID Indonesia diwajibkan memakai sanitizer ketika memasuki kawasan persekolahan sebagai langkah tangani virus COVID-19 . - Kredit foto: Republika


Dalam perkembangan lain, proses pembasmian kuman dilakukan di seluruh masjid di negara berkenaan.

Presidennya, Joko Widodo dan beberapa jemaah menteri menyaksikan proses itu yang berlangsung di masjid utama indonesia, Masjid Istiqlal.

Masjid yang dibina oleh arkitek, Frederich Silaban dan siap dibina pada 1978 itu mampu memuatkan kira-kira 200,000 jemaah dalam satu masa. - KitaReporter

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (tengah) memantau proses pembasmian kuman di masjid terbesar di Indonesia serta diiringi beberapa pegawai kanan kerajaan. - Kredit foto: CNN Indonesia


Laporan dan statistik terkini mengenai COVID-19 boleh diikuti di https://kitareporters.com/coronavirus

 

  

 

 

4
1
10
1
1

Copy Link: