POK Ji memanggil Adik Mat sambil mengocang sebatang kayu di air sebelum memberi makanan kepada buaya tembaga itu di lombong tinggal Kampung Tepuh. 


UNTUK memastikan keselamatan orang ramai, Jabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman Negara (Perhililitan) Negeri Terengganu akan memasang dua perangkap untuk menangkap seekor buaya daripada sepsis tembaga yang dipanggil Adik Mat di lombong tinggalan Kampung Tepuh, Kuala Nerus, Terengganu dalam masa terdekat ini. 

Adik Mat adalah nama panggilan penduduk setempat bagi seekor buaya yang dikatakan semakin membesar dan telah menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk kampung.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan buaya 

ADIK Mat yang terdampar di pinggir lombong tinggalan di Kampung Tepuh, Kuala Nerus, Terengganu. - Kredit Foto : FB Anuar Ngah



Penduduk bimbang walaupun Adik Mat jinak dan setakat ini belum menganas lagi, tetapi mereka tetap risau dengan haiwan itu kerana ia semakin besar dan dikatakan kini berukuran sepanjang kira-kira 5.5 meter

Pengarah Perhilitan Negeri Terengganu, Dr. Abdul Malik Mohd Yusof berkata, pihaknya telah meninjau ke lokasi tersebut dan sudah mengenal pasti kawasan strategik untuk memasang perangkap buaya itu.

Beliau berkata, pada 2019, pihaknya telah berusaha memasang perangkap untuk menangkap Adik Mat itu tetapi gagal.


POK Ji sedang memberi makanan kepada Adik Mat di lombong tinggal Kampung Tepuh. - Kredit foto: FB Anuar Ngah 


``Kami telah memasang dua perangkap di kawasan itu selama tiga bulan tetapi kelibat Adik Mat tidak juga muncul sepanjang tempoh tersebut.

``Sekarang ini Adik Mat semakin besar dan ia amat membimbangkan keselamatan orang ramai yang menghampiri kawasan itu biarpun haiwan itu jinak dengan manusia,’’ kata Abdul Malik kepada media hari ini, Jumaat 20 Mei 2021.

Sebelum itu, pada 19 Mei 2021 lalu, seorang pengguna media sosial, Anuar Ngah dalam Facebooknya turut memaparkan video mengatakan haiwan terbabit sudah besar dianggarkan berumur 6 tahun.

Menurutnya, Adik Mat pada asalnya dipelihara oleh seorang pemancing bernama En Jan dan Adik Mat diperolehi di Sungai Mangkok, Setiu, Terengganu semasa dia pergi memancing ikan siakap di sungai itu kira-kira enam tahun lalu.


 Kredit Foto : FB Anuar Ngah



Ketika dijumpai Adik Mat sewaktu itu masih kecil lagi dan En Jan membawa pulang haiwan itu untuk dipelihara  di rumahnya.

`` Apabila buaya itu semakin besar, En Jan melepaskannya di Sungai Bukit Petiti, Manir dan anak buaya itu dipercayai tersesat memasuki lombong tinggal di Kampung Tepuh itu hingga hari ini,’’ kata Anuar dalam Facebooknya.

Anuar berkata, Adik Mat adalah jinak dan ia biasa diberi makanan tiga atau empat kali seminggu oleh seorang penduduk yang bernama Pok Ji.

Sebelum memberi makanan seperti  ayam atau daging, Pok Ji akan memanggil Adik Mat yang berada di lombong tinggal itu.

Dia juga turut meminta Perhilitan agar mengambil tindakan untuk menangkap Adik Mat yang boleh membahayakan kepada orang ramai dan meletakkan haiwan berkenaan di kawasan yang sesuai dengannya.

Sebelum pada ini, kisah Adik Mat pernah tular dalam media sosial pada 2016 ketika haiwan itu baharu bersaiz sepanjang kira-kira satu meter semasa dijumpai oleh penduduk kampung di lombong berkenaan. - KitaReporters


LOMBONG tinggalan di Kampung Tepuh, Kuala Nerus yang menjadi lokasi Adik Mat tinggal.

3
4
0
3
2

Copy Link: