Jiran ternampak tedung selar! APM dipanggil ke rumah bilal!
Published by``NASIB baik ada seorang jiran ternampak ular tedung selar sepanjang 4.5 meter dengan beratnya 11 kilogram sedang menuju ke halaman rumah saya tadi. Entahlah apa yang nak jadi sekiranya tiada sesiapa yang nampak ular yang berbisa itu," kata Alias Shafii, 63, yang di tinggal Kampung Bukit Kecil, Setiu, Terengganu. : KitaReporters
TUJUH anggota APM Setiu bersama ular tedung selar sepanjang 4.5 meter yang berjaya ditangkap di rumah bilai di Kampung Bukit Kecil, Chalok, Setiu pada 28 November 2020. - Kredit Foto : APM Setiu.
Lagi kisah-kisah berkaitan ular:
https://kitareporters.com/tag/ular%20tedung
"Kemungkinan ia akan berada bawah rumah saya dan apabila malam nanti ular itu merayap masuk ke rumah yang boleh mengacam keselamatan diri saya dan keluarga,’’ tambah Alias pada lewat petang Sabtu, 28 November 2020.
Beliau, seorang bilal yang bertugas di Masjid Gong Terap, Chalok, Setiu berkata ketika kejadian itu beliau bersama anak-anaknya sedang berada di dalam rumahnya.
ULAR tedung selar yang seberat 11 kilogram yang ditangkap rumah Alias Shafii pada petang 28 November 2020. - Kredit Foto : APM Setiu.
Alias berkata beliau menyedari kehadiran haiwan yang menakutkan itu kira-kira pukul 4 petang, melalui seorang jiran yang tinggal berdekatan
dengan rumahnya yang ternampak kelibat ular berkenaan sedang merayap ke halamannya.
Sebaik sahaja beliau turun dari rumah mendapati haiwan itu cuba melarikan dirinya yang akhirnya ia berselindung di sebuah reban ayam di belakang rumah bilai itu.
MOHD NIZU HUSIEN
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Kapten (PA) Mohd Nizu Husien ketika dihubungi berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang penduduk, Muhammad Hayyan Abdullah, 32, pada pukul 4.20 petang, 28 November 2020.
Menurutnya, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari daerah Setiu tiba lokasi itu di rumah bilai berkenaan pada pukul 5.07 petang.
``Anggota
kami mengambil masa selama 15 minit untuk menangkap ular tedung selar itu yang
sedang bersembunyi di celah atap zing reban ayam.
ULAR tedung selar (bulatan merah) bersembunyi di celah atap zing reban ayam. - Kredit Foto : APM Setiu
``Semasa anggota APM menangkap haiwan itu, ia tidak melawan seolah-olah berada dalam keletihan. Dipercayai ular itu sedang kelaparan memasuki ke kawasan penduduk kampung untuk mencari makanannya,’’ katanya pada hari ini, Ahad 29 November 2020.
Mohd Nizu
tidak menolak kemungkinan ular yang sering ditangkap dalam operasinya itu
kelaparan kerana ketika ini musim hujan menyebabkan banyak kawasan ditenggelami
air sehingga menyukarkan haiwan itu mendapat makanan. - KitaReporters