Video| Alahai comelnya! Si bulus pun boleh derma darah! Syaratnya, kucing kena sihat, dah divaksin!

Published by
KitaReporters


Jangan ingat hanya manusia sahaja yang boleh menderma darah. Haiwan juga boleh berbuat demikian. 

Pasti sudah ramai tahu kebaikan menderma darah. Kalau manusia, sudah pasti dapat menyelamatkan nyawa orang lain dengan izin Allah SWT. Malah, si penderma juga mendapat kebaikan bersama dan salah satunya mengurangkan risiko serangan jantung.



Begitu juga dengan haiwan. Ia dapat menyelamatkan nyawa haiwan lain. 

Seperti yang dikongsi oleh Furmily Animal Medical Centre dalam TikTok milik mereka. Mereka berkongsi satu video di mana seekor kucing bernama Tecik telah menderma darah kepada seekor kucing bernama Kak Cik yang telah kehilangan banyak darah disebabkan keguguran.



Namun, pemilik kucing harus memastikan haiwan peliharaan mereka itu memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

"Kucing pun ada blood transfusion (pemindahan darah) tahu. Ciri-ciri kucing yang boleh derma darah ialah sihat daripada virus, berat lima kilogram ke atas dan telah divaksin sepenuhnya," tulisnya.



Malah kucing juga mempunyai jenis darah namun berbeza sedikit dengan manusia kerana mereka tidak mempunyai darah jenis O. Maklumat yang dikongsi ini sedikit sebanyak dapat memberi maklumat dan ilmu baharu buat pencinta kucing. Rata-rata netizen memberi reaksi positif.

"Wah, ilmu baharu. Baru saya tahu kucing pun dapat derma darah. Darah kucing type ia macam kita ke?," tanya salah seorang netizen.



Justeru, proses pendermaan darah ke atas kucing tidak memerlukan padanan jenis darah, cukup hanya melakukan crossmatch dengan penderma. Ia berbeza dengan kaedah yang dilakukan ke atas manusia. - KitaReporters


11
15
0
15
0

Copy Link: