Video| Baby blues! Wanita nekad campak bayinya ke landasan kereta api! Dihalang pengawal keselamatan!
Published byGempar satu video yang tular dalam media sosial menunjukkan beberapa orang pengawal keselamatan di sebuah stesen kereta api sedang memujuk dan menenangkan seorang wanita yang tekad mahu mencampak bayinya ke landasan kereta api.
Kejadian berlaku di Stesen Pasar Minggu, Jakarta Selatan di Indonesia pada 3 September 2023 lalu.
Dalam video tersebut, kelihatan pengawal keselamatan cuba memisahkan wanita itu daripada bayinya bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Dalam pergelutan itu, kedengaran suara bayi menangis dan pengawal keselamatan cuba mententeramkan bayi dan wanita terbabit.
Punca wanita bertindak sedemikian dipercayai kerana sedang mengalami masalah baby blues atau kemurungan bersalin. Ada menyebutnya sebagai meroyan atau postpartum depression.
Justeru, rata-rata netizen tidak menyalahkan wanita terbabit. "Jangan salahkan wanita itu. Bertenang dulu, memang lepas bersalin mesti ada orang terdekat memberi sokongan. Baby blues tu sebenarnya,” ungkap netizen.
Untuk makluman, baby blues atau kemurungan bersalin adalah
simptom yang sering dialami seorang ibu selepas melahirkan anak.
Simptom baby blues itu sendiri adalah keadaan di mana seorang ibu akan berasa sedih dan menangis tanpa sebab, tidak sabar, cepat marah, berasa cemas, letih, mood swing, dan insomnia. Biasanya baby blues ini boleh dirasai empat atau lima hari selepas bersalin.
Pengawal keselamatan sempat mengambil bayi malang tersebut daripada ibunya.
Punca gejala ini tidak diketahui secara pasti,
tetapi ia sering dikaitkan dengan perubahan hormon yang berlaku semasa hamil
dan kembali selepas bersalin.
Perubahan hormon ini boleh menghasilkan perubahan kimia dalam otak dan boleh menyebabkan kemurungan.
Selain itu, terdapat banyak penyesuaian yang akan berlaku selepas bersalin seperti gangguan tidur, gangguan rutin, dan emosi yang disebabkan oleh pengalaman kelahiran.
Gejala ini akan berlaku dalam tempoh beberapa minit
hingga beberapa jam setiap hari. Khabarnya, gejala ini boleh berkurangan dan
hilang dalam masa 14 hari.
Salah satu cara untuk menangani baby blues adalah dengan mendapatkan rehat yang cukup. Disebabkan itu, ibu selepas bersalin sangat memerlukan sokongan daripada mereka yang terdekat seperti ahli keluarga. - KitaReporters
Perubahan hormon dikatakan antara punca terjadinya masalah baby blues atau kemurungan selepas bersalin. - Kredit foto: Google Image