Tinjauan etnik Rohingya di Langkawi! Masya-Allah mengejutkan
Published bySEBUT sahaja mengenai kehadiran etnik Rohingya di Malaysia, pasti sahaja membuatkan memuncaknya amarah masyarakat di negara ini. Mana tidaknya, kehadiran mereka ke sini diibaratkan seperti tidak tahu bersyukur dan semakin agresif. Apatah lagi kian banyak muncul penempatan haram etnik tersebut. : KitaReporters
Etnik Rohingya yang kini berleluasa dan menjadi isu di Malaysia
Adakah patut pasar borong Selayang mahu dijadikan perkampungan suku sakatnya sesuka hati.
Selepas itu, wujud pula entiti yang dikatakan mewakili Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MEHROM), Zafar Abdul Ghani yang didakwa menuntut secara terbuka hak kewarganegaraan di negara ini.
Gila, mana boleh!
Lebih mengecewakan lagi, terdapat sesetengah sukunya bertindak memaki hamun warga negara ini melalui platform media sosial adalah sangat kurang ajar.
Tindakan biadab mereka dengan mengeluarkan kata-kata kesat yang melampau membuatkan seluruh rakyat Malaysia marah dan mendidih hati.
Tonton videonya di https://m.facebook.com/groups/617721565305875?view=permalink&id=867365953674767
Seperti yang kita sedia maklum, terkini Langkawi dijadikan pusat perkampungan etnik Rohingya secara haram dan berleluasa.
Beratus-ratus warganya yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap oleh pihak berkuasa seperti PDRM dan MARITIM di pelbagai lokasi yang berlainan antaranya di kawasan Teluk Nibong dan Teluk Ewa.
Namun hakikatnya terdapat beratus-ratus atau beribu-ribu lagi warga Rohingya yang terlepas dan berjaya menceroboh dan memasuki ruang kawasan sempadan Malaysia.
Terbaru, dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), media meninjau pergerakan dan penginapan etnik Rohingya melalui udara dan mendapati perkampungan itu semakin meluas dan padat.
Laporan daripada pemain media tempatan mengenai perkampungan haram etnik Rohingya
Kawasan yang dahulunya terwujud dari sebuah rumah, kini telah membangun pesat dengan terwujudnya beratus-ratus buah rumah sehingga menjadikan sebuah 'port' perkampungan yang aktif.
Gambar pemandangan perkampungan etnik Rohingaya di Teluk Nibong, Langkawi yang diambil TUDM dari udara.
Untuk pengetahuan umum, berdasarkan dari kajian akademik, orang Rohingya telah lari ke Malaysia secara berperingkat-peringkat sejak tahun 1990-an lagi.
Pelarian mereka berdasarkan daripada peristiwa konflik yang berlaku di negara asal mereka iaitu Myanmar.
Walaupun etnik ini berasal dari Myanmar, namun mereka tidak sama dengan sebahagian besar orang Myanmar disebabkan rata-ratanya orang Rohingya berkulit gelap dan beragama Islam.
Hal ini disebabkan kampung halaman orang Rohingya di Rakhine (Arakan) adalah merupakan wilayah berdaulat dan mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri.
Foto diambil dari portal N the World
Orang Rohingya telah diperintah oleh 14 orang Sultan sebelum mereka dikalahkan dan dijajah oleh tentera Myanmar serta menjadi wilayah taklukan.
Hal ini turut sama terjadi kepada kekalahan Kesultanan Melayu Patani kepada Siam (Thailand) pada tahun 1786 dan menjadi wilayah taklukan sehingga ke hari ini.
Kemasukan etnik ini memberi kegusaran yang meluap kepada masyarakat Malaysia dengan beberapa faktor seperti wabak penyakit berjangkit, perkahwinan campur, gengsterisme dan penaklukan wilayah secara 'menggila'.
Namun sedikit sebanyak ia memberikan kelegaan apabila kerajaan Malaysia memutuskan untuk memerangi PATI haram secara drastik dengan kerjasama PDRM, ATM, RELA, MARITIM dan TUDM.
Foto diambil dari portal berita harian BH
Kemasukan warga asing secara haram ke negara ini menjangkau jumlah angka 8 juta orang, mengikut dari laporan terbaru media utama tempatan.
Alasan mereka menjadikan Malaysia sebagai lokasi pelarian dan penginapan adalah kerana sumber perkerjaannya yang banyak, makanan minuman yang mencukupi dan lokasi wilayahnya yang berhampiran.
Sedar tak sedar pada 2019 sahaja, terdapat hampir 40,000 kes matrimoni (perkahwinan) campur antara pelbagai bangsa dan etnik meliputi warga Pakistan, Bangladesh, Rohingya dan lain-lain yang semakin meningkat.
Sudah pastinya ini adalah digit yang menjadi kekhuatiran rakyat Malaysia yang kuat terhadap kemasukan warga asing jika tidak dikawal dengan ketat.
Sikap kaum Hawa di negara ini yang dikatakan mudah 'layu' dengan bisikan manja dan rayuan kaum Adam 'pelarian' menjadikan sebahagian besarnya terjerat dan akhirnya merana pada kemudian hari.
Wanita Melayu mencatatkan angka tertinggi dan mendominasi kes kahwin campur pelbagai bangsa
Tak naklah begitu!
Penulis percaya sikap agresif rakyat Malaysia sehingga menyebabkan pembunuhan dan kecederaan dalam kalangan etnik Rohingya adalah daripada provokasi melampau yang dilakukan oleh mereka menerusi media sosial atau secara langsung.
Pengawalan secara berkala adalah ramuan utama pihak berkuasa bagi mengekang kemasukan pelarian yang dicap sebagai tidak tahu malu ini.
Kita sebagai sebuah negara berdaulat haruslah bersama-sama membantu menyekat PATI dari terus bermaharaja lela dan jangan bersubahat!
Hari ini Langkawi dan Selayang, jangan pula suatu hari nanti Kelantan, Perak, Melaka, Johor dan Pahang terkena bahananya!!!!
Ya! Sifat kemanusiaan itu harus diketengahkan sesama manusia namun, jangan pula berlebih-lebihan sehingga berani menginjak-injak di kepala!
Beringat sukuku (rakyat Malaysia) yang budiman.
Awas ya! Jangan suatu hari nanti tanah diambil orang. 'Menang sorak, kampung tergadai'. Nauzubillah! - KitaReporters
Kredit foto: FB https://www.facebook.com/Foimm2.0/