Video| Fenomena hujan air batu di Cheras ketika cuaca panas melanda! Ikuti penjelasan MetMalaysia!
Published byKETULAN hujan ais yang mirip tablet atau gula-gula batuk.
DALAM keadaan cuaca panas sehingga lebih 30 darjah Celsius sejak kebelakangan ini, tiba-tiba dengan kudrat dan iradat Allah, hujan air batu melanda beberapa kawasan perumahan di Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu, 3 Mac 2021.
Fenomena ini turut merealisasikan bahawa “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,” bukan lagi sekadar pepatah orang dulu-dulu.
Sebenarnya, pepatah yang kerap meniti dan terhad pada bibir kita ini turut mempunyai maksud mendalam yang wajar dihayati dalam menjalani kehidupan harian.
https://kitareporters.com/search?search=hujan
Daun-daun berguguran di Danau Kota! Cuaca kering berpanjangan melanda! Menantikan hujan lebat
KETULAN hujan batu yang sempat ditadah seorang penghuni taman perumahan terbabit fenomena itu.
Fenomena ini berlaku kira-kira pukul 5 petang dengan ketulan kecil air batu yang turun bersama hujan lebat itu didapati lebih kurang sebesar duit syiling 20 sen.
Segelintir laman sosial Facebook sempat memuatnaikkan rakaman video hujan batu tersebut antaranya seorang warganet, Azhar Hashimi.
Antara kawasan perumahan yang ‘dicurahi’ hujan air batu berwarna putih ini ialah Taman Leng Seng, Taman Tun Perak, Bandar Tun Hussein Onn dan Taman Cheras Utama.
Terdapat videonya yang memaparkan ketulan hujan air batu ini yang bertaburan di halaman rumah yang berumput dan di atas bumbung kereta yang diletakkan di situ.
Kemunculan hujan bersama air batu sudah tentu menimbulkan bunyi yang agak luar biasa berbandig jika hanya hujan normal lalu menarik perhatian saksi kejadian.
Berikut ialah petikan fakta daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai fenomena hujan air batu:
* Hujan air batu yang biasanya berbentuk bulat atau gumpalan ais yang tidak sekata ialah pepejal yang terhasil oleh awan ribut petir (kumulonimbus).
* Pada paras ketinggian tertentu, suhu berada pada bawah takat beku dan proses pengewapan berlaku pada debu-debu atau partikel-partikel lain yang dikenali sebagai nuklei kondensasi.
* Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku.
* Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air membeku lalu menyebabkan saiznya menjadi besar.
KETULAN ais daripada hujan batu menurut MetMalaysia, akibat suhu di atas ribut petir di bawah takat beku.
* Hujan air batu juga berlaku disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal mencair sebelum mencecah bumi.
* Kebanyakan ribut petir mengandungi air batu tetapi bukan semua ribut petir menyebabkan hujan air batu.
* Suhu di bahagian atas ribut petir berada di bawah takat beku yang menyebabkan air batu terbentuk tetapi kadangkala air batu mencair sebelum jatuh ke permukaan bumi.
* Keadaan landskap seperti kawasan berbukit juga antara penyebab arus angin menolak lebih kuat titisan air naik ke lapisan atmosfera yang tinggi.
* Disebabkan Malaysia beriklim Khatulistiwa dan musim tengkujuh sering melanda negara ini setiap tahun, maka peluang untuk mengalami hujan air batu sebenarnya sangat tinggi.
* Malaysia juga kerap menerima hujan lebat dan ribut petir yang disertai air batu terutama dalam musim peralihan monsun.
KETULAN ais yang bersama hujan lebat di halaman berumput rumah sebuah taman perumahan di Cheras.
s
WARGANET ini turut sempat merakamkan gambar ketulan hujan ais di Cheras.