Tahu tak? 9 kesilapan yang dilakukan semasa mengecas telefon
Published byPERKARA yang selalu kita buat setiap hari tak semestinya betul. Adakalanya kita sentiasa buat perkara yang salah berulang kali tanpa kita sedar atau kita tahu bahawa itu adalah salah. Sebagai contoh cara kita nak mengecas telefon bimbit. Berapa ramai antara kita yang betul-betul mengikut buku panduan telefon? : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan telefon:
https://kitareporters.com/search?search=telefon
Boleh dikatakan hampir semua pengguna telefon bimbit akan buat salah ketika mengecas telefon pintar mereka. Ayuh kita kenal pasti 9 kesalahan yang sering kita lakukan setiap hari ketika mengecas telefon bimbit :
1. Cas telefon bimbit melalui laptop
Ramai yang suka cas telefon melalui laptop. Perkara ini salah sebenarnya. Walaupun nak cepat dan mudah, tapi ia akan menyebabkan kerosakan kepada peranti berkenaan.
2. Guna kabel cas yang tidak original atau murah
Sekiranya kita menggunakan kabel yang tidak ori (asli), maka tenaga yang dihantar ke telefon mungkin akan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
3. Cas tanpa membuka casing telefon bimbit
Cara ini boleh menyebabkan telefon kita mengalami 'overheat'.
4. Cas telefon walaupun lebih 20%
Ini akan membuatkan hayat sesebuah telefon bimbit itu menjadi makin pendek umur. Jangan diamalkan.
5. Guna telefon bimbit ketika sedang cas
Ia menyebabkan dua tekanan terhadap telefon bimbit berkenaan.
6. Biarkan telefon bimbit dicas semalaman
Di samping menyebabkan pembaziran elektrik, ia juga boleh mengurangkan hayat sesebuah telefon bimbit.
7. Biarkan sehingga bateri mati
Jangan biarkan bateri benar-benar kosong baru nak cas, ia akan mengurangkan hayat telefon bimbit berkenaan.
8. Cas sehingga bateri 100%
Sekiranya anda suka cas telefon bimbit sehingga 100%, maka ia akan habis dengan cepat, kerana sesebuah telefon bimbit berkenaan ada kitaran pengisiannya tersendiri.
9. Suka tinggalkan kabel cas pada soket
Tindakan sebegini menyebabkan cas elektrik akan terus berjalan. Ia juga akan melepaskan haba sedikit demi sedikit. Ia amat bahaya kepada seisi rumah.
Sedikit panduan bagi ramai pengguna telefon pintar masa kini. Semoga ia berguna dan bermanfaat untuk diamalkan. - KitaReporters