Berita Terkini| Lelaki obes positif Covid-19 meninggal! Anggota bomba diminta bantu urus jenazah
Published byLELAKI berusia 29 tahun yang positif Covid-19 dan mempunyai berat badan 260 kilogram disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.
PASUKAN bomba terpaksa mengambil masa sekurang-kurangnya setengah jam bagi menurunkan jenazah seorang lelaki yang obes (kegemukan) ketika proses pengebumiannya dilakukan pada awal pagi Sabtu, 1 Mei 2021, Tumpat di Kelantan.
Lelaki berusia 29 tahun itu, yang positif Covid-19 dan mempunyai berat badan 260 kilogram, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, pada Jumaat, 20 April 2021.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba, Raja Arisan Raja Ismail berkata, pihaknya dihubungi Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat yang meminta bantuan menguruskan pengebumian jenazah terbabit.
"Lebih 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu termasuk 12 daripada Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) BBP Kota Bharu bergegas ke Unit Forensik HRPZ II.
"Kira-kira jam 1.30 pagi, jenazah tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Mandol untuk proses pengebumian,” katanya yang dipetik oleh Berita Harian pada Sabtu, 1 Mei 2021.
Raja Arisan
menjelaskan seperti pengurusan jenazah penghidap obesiti sebelum ini, anggota
bomba terpaksa menggunakan tali untuk menurunkan jenazah dan proses pengebumian
selesai pada jam 2.30 pagi, Jumaat.
Sehingga kini,
beliau menjelaskan sebanyak tujuh jenazah mangsa Covid-19 diuruskan di daerah
itu untuk tahun ini.
Katanya,
tugasan itu termasuk dalam skop tugas khas dan jika tidak membabitkan mangsa
obesiti, anggotanya hanya bersedia di tanah perkuburan untuk proses
pengebumian.
"Dari segi keselamatan, selain menggunakan pakaian perlindungan diri (PPE), kenderaan digunakan juga akan disanitasi sebelum dan selepas digunakan," katanya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter