PADAH... Gara-gara tamak dan ingin mengaut untung besar melalui penjualan cecair sanitasi atau pembasmi kuman (sanitizer) dan topeng pernafasan, dua beradik dari Tennesse, Amerika Syarikat (AS) kerugian apabila penjualannya disekat ekoran menawarkan harga berlipat ganda, selain bakal berdepan dakwaan di mahkamah. : KitaReporters


Matt Colvan bersama barangannya yang tidak dapat dijual di laman Amazon dan eBay. - Kredit foto: The New York Times


Pada saat rakyat seluruh dunia memerlukan barangan keperluan itu tanpa mempedulikan kos yang perlu dikeluarkan, Matt dibantu oleh adiknya, Noah Colvin mula mengambil kesempatan.

Berdasarkan sebuah laman tempatan, selepas kerajaan AS mengisytiharkan kematian pertama rakyatnya akibat penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19), pada 1 Mac 2020, mereka bertindak melabur sejumlah wang dengan membeli ‘sanitizer’ dan topeng pernafasan di setiap pasar raya, kedai runcit dan farmasi seluruh Tennesse dan Kentucky.

Hasilnya selama tiga hari, kedua-duanya berjaya mengumpul lebih kurang 17,000 botol ‘sanitizer’, topeng pernafasan dan tisu antibakteria dan menjualnya kembali pada harga tinggi secara dalam talian melalui laman Amazon serta eBay.

Sebahagian sanitizer dan topeng pernafasan yang dikumpulnya.


Tindakan Matt Colvin menjadi sia-sia apabila kedua-dua laman tersebut mengharamkan penjualan itu dan akaunnya disenaraihitamkan.

Matt Colvin yang merupakan bekas tentera udara berpangkat sarjan itu berkata, kos ‘sanitizer’ yang diperoleh untuk satu pek adalah sekitar $5 (RM22.02) seunit dan menjualnya di laman eBay dengan harga sekitar $40 (RM176) ke $50 (RM220) seunit.

“Sambutan di Amazon begitu menggalakkan apabila sanitizer yang berharga $1 (RM4.40) di pasaran berjaya menarik perhatian pelanggan walaupun ia dijual dengan harga $40 (RM177) termasuk kos penghantaran,” katanya.

Matt bersama ‘sanitizer’, topeng pernafasan dan tisu antibakteria.


Akibat daripada tindakannya, Matt disiasat dan kertas pertuduhan sudah dibuka. Dia dan adiknya bakal berdepan dengan pendakwaan di mahkamah.

Kata Matt Colvin, dia memutuskan untuk mendermakan kesemua ‘sanitizer’ dan topeng pernafasan kepada yang memerlukan dengan alasan tidak dapat menjualnya.
“Kami tidak pernah berniat untuk ‘merampas’ keperluan kesihatan seperti ini daripada mereka yang memerlukan. 

“Ini tidak menggambarkan keperibadian seseorang... saya sebenarnya bukalah manusia jenis itu,” katanya lagi.

Matt Colvin sudah menjalankan perniagaan jual beli di Amazon dan Ebay sejak 2015. 

Dia dikatakan sudah menjana pendapatan enam angka dengan menjual semula barangan seperti kasut, mainan dan barangan lain berdasarkan trend.

Kisah Matt di laman sosial, Twitter The New York Times. - Kredit foto: The New York Times


Sementara itu, pendakwa raya Herbert H. Slatery III menyatakan pihaknya sudah menghantar surat mahkamah kepada Matt Colvin.

“Pihak Pendakwaan tidak akan berkompromi dengan permainan harga ketika ramai yang memerlukan barang tersebut. 

"Kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya.

Berdasarkan Akta Kawalan Harga di Tennessee, mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga melampau ketika darurat melibatkan barangan keperluan boleh didenda sehingga $1,000 (RM4,404) untuk setiap kesalahan.

Namun begitu, Matt Colvin dan adiknya menyatakan tidak bersalah kerana tidak sempat melakukan sebarang urus niaga. - KitaReporters

1
3
0
2
0

Copy Link: