Jangan lepas peluang! Inisiatif JaminKerja! 1,500 pekerjaan! 16-17 Mac 2022! Temu duga terbuka!
Published bySebahagian golongan remaja Terengganu yang hadir mendaftar pada Karnival Pekerjaan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu
SEBANYAK 1,500 peluang pekerjaan dibuka kepada warga Terengganu khususnya golongan belia dan lepasan institusi pengajian tinggi tempatan yang sedang mencari pekerjaan.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Muhd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, golongan belia dan rakyat Terengganu adalah digalakkan untuk memohon pelbagai jawatan yang disediakan dengan menghadiri temu duga secara terbuka.
Katanya, menerusi Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan dan Keusahawan, ia memberi jaminan pekerjaan dalam pelbagai bidang kepada penduduk negeri itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan peluang pekerjaan
Muhd Nurkhuzaini Ab Rahman
Menurutnya, program pertama pada tahun 2022 ini akan berlangsung dua hari pada 16 dan 17 Mac 2022 bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu (MDS) Sungai Tarom, Setiu, Terengganu.
Beliau berkata, program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan sektor swasta itu memberi banyak pilihan kepada pencari pekerjaan.
Menariknya, kata beliau, setiap pencari kerja yang hadir untuk sesi temu duga diberikan bantuan awal RM300 seorang sebagai ganjaran elaun mencari kerja.
Selain itu, katanya, apabila mendapat kerja selepas keputusan temu duga, pihak terbabit akan menambah RM400 kepada yang berjaya.
Muhd Nurkhuzaini berkata, selain itu, mereka yang berjaya dalam proses temu duga akan dapat pula ganjaran RM500 untuk elaun mobiliti.
“Malah mereka yang hadir untuk proses temu duga juga akan disediakan kupon makan bernilai RM5 untuk 500 peserta terawal,” katanya.
Menurutnya, bagi memeriahkan program tersebut, pihak penganjur turut mengadakan pelbagai aktiviti termasuk permainan silap mata, badut, pertandingan memasak dan aneka jualan produk tempatan. - KitaReporters
Pencari kerja mengisi borang pendaftaran ketika Karnival Kerjaya Pekerjaan Terengganu berlangsung pada 2021