COVID-19: PENDUDUK DAH JADI 'BAGAI NAK GILA'

Published by
KitaReporters

TERKURUNG di rumah untuk beberapa minggu dengan pergerakan terhad di samping makanan terhad bukan sahaja menimbulkan rasa jemu dan rimas tetapi juga boleh menyebabkan seseorang menjadi ‘bagai nak gila’. Inilah yang terpaksa dilalui jutaan rakyat China, khususnya di Wuhan, tempat bermulanya wabak penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19. : KitaReporters.com

PENDUDUK menggunakan telefon bimbit untuk membayar harga sayur yang dibeli melalui pesanan berkumpulan di pusat pungutan di kawasan kediaman di Wuhan. - Kredit foto: Reuters


Rakyat China seperti di Wuhan dikuarantin di dalam rumah sebagai usaha mengekang penularan wabak COVID-19 tersebut.

Memetik laporan Reuters, pihak berkuasa dan pekerja sukarela telah menyita bangunan, mewujudkan sekatan atau 'barricades' dan meningkatkan kawalan untuk memastikan larangan pergerakan dipatuhi.

Seorang remaja, Li Yuxuan yang terkurung di dalam apartment neneknya bersama 10 orang lain serta bekalan makanan terhad berkata, larangan ini semakin menekan penduduk. Malah ia menimbulkan kemarahan.

Sekatan yang lama ini bukan hanya menimbulkan rasa tidak selesa, keluh kesah tetapi menyebabkan mereka seperti hampir gila kerana terkurung begitu lama.

Keluarga Li adalah antara jutaan penduduk di Wuhan, wilayah Hubei yang tertakluk kepada arahan rasmi kerajaan untuk tinggal dalam rumah. 

Apartment neneknya terletak di Ezhou, sebuab bandar raya berhampiran Wuhan.

Dia memberitahu, rutin makanan harian mereka sama setiap hari sejak beberapa minggu, iaitu nasi putih, kobis dan kacang tanah sejak sambutan Tahun Baharu China akhir bulan lalu.

Makanan pula terhad.  Jumlah ahli keluarga yang dibenarkan untuk membeli makanan juga dihadkan. Mereka hanya boleh membeli makanan dari pintu pagar kawasan kediaman mereka.

Menurut Li, jika hari ini mereka dibenarkan keluar membeli makanan, entah bila pula mereka akan diberi kebenaran lagi untuk membeli makanan seterusnya.

PEKERJA sukarela mengagihkan sayuran yang dipesan oleh penduduk di hadapan sebuah kawasan kediaman di Xiangyang, Hubei. - Kredit foto: Reuters


Semua bandar dan kampung seluruh China telah mengambil langkah perlu untuk mencegah penularan COVID-19  yang sehingga Ahad, 23 Februari 2020 telah menjangkiti hampir 80,000 orang di negara itu  serta menyebabkan hampr 2,500 kematian.

Sekalipun langkah berjaga-jaga ini dikuatkuasakan di seluruh China, peraturan lebih ketat dikenakan di wilayah Hubei kerana di wilayah inilah COVID-19 mula dikesan.

Wilayah tersebut yang mempunyai 60 juta penduduk menguatkuasakan polisi ‘pengurusan tertutup’  yang menghalang penduduk meninggalkan kediaman mereka.  

Para pegawai telah berjanji bekalan makanan dan perubatan untuk penduduk mencukupi. 

Pada masa sama, mereka memberi amaran kepada penduduk agar tidak menyorok makanan atau menaikkan harga barang makanan.

.Laporan-laporan berkaitan COVID-19 boleh dibaca di: https://kitareporters.com/coronavirus


Ketua Parti Komunis Wuhan yang baharu dilantik, Wang Zhonglin memberitahu pada Ahad, 23 Februari 2020, polisi ‘pengurusan tertutup’ ini akan terus dikuatkuasakan supaya tidak ada seorang pun meninggalkan kediaman tetapi masih boleh membeli barang keperluan harian.

Makanan pula hanya boleh dipesan secara berkumpulan kerana pasar raya sudah tidak menjual kepada individu. Selain itu, mereka juga boleh memesan makanan melalui vendor yang akan menghantar ke kawasan kediaman mereka.

Polisi ini diawasi pelaksanaannya oleh Jawatankuasa Perumahan, yang melaksanakan arahan kerajaan dan juga Parti Komunis China. 

PARA petugas berpakaian keselematan bertugas memeriksa suhu penduduk pada tempat pemeirsaan di pintu masauk salah sebuah kawasan kediaman di Wuhan. - Kredit foto: Reuters. 


Penduduk menyifatkan adakala mereka ini (petugas Jawatankuasa Perumahan) kerterlaluan dalam menjalankan tugas. 

Seorang penduduk, Vicky Yi, 31, memberitahu, sebelum kawasannya kediamannya di bandar raya Jingzhou disita, dia sudah pun ditahan di pintu pagar dalam perjalanan keluar membeli makanan.

Selain penduduk tempatan, mereka dari kawasan lain yang datang ke Hubei sempena Tahun Baharu China juga kini tersadai, jauh dari kampung halaman dan tempat mereka mencari rezeki.

Seorang peniaga IT dari Jinan di selatan wilayah Shandong, Cao Dezhao memberitahu, dia terkandas di Hubei setelah melawat  iparnya.

Katanya, dia masih perlu membayar bil elektrik dan air sedangkan perniagaannya tergendala dan dia berada jauh dari tempatnya. 

Dia bimbang akan menjadi muflis pada waktu COVID-19 pulih sepenuhnya nanti.

Sekalipun pihak berkuasa memberi jaminan bekalan makanan dan perubatan mencukupi, ada juga penduduk yang menghadapi masalah mendapat ubat diperlukan.

Song Chunlin mengadu, anaknya yang menghidap sakit psoriasis (sakit kulit) tidak mendapat bekalan ubat yang diperlukan di Yichang, barat Hubei, sementara dia sendiri tidak mendapat ubat alahan yang diperlukan.

Selagi COVID-19 masih mengganas, masalah sekatan kediaman, pembelian makanan dan bekalan perubatan akan terus menghantui penduduk China terutama di Wuhan. 

Masalah ini sudah cukup menekan sehingga penduduk merasa seperti hendak gila. Jika mereka benar-benar menjadi gila, masalah baharu pula akan timbul! - KitaReporters.com

PENDUDUK berbaris untuk mengambil barang-barang yang dipesan melalui pesanan berkumpulan di sebuah kawasan kediaman di Wuhan. - Kredit foto: Reuters

3
0
0
0
0

Copy Link: