Jom ke Orkid Putrajaya 2023! Anda pasti Pesona Anggerik! Hanya di Taman Botani! 14-20 Dis 2023!
Published bySIAPA sangka pokok orkid atau anggerik, sejenis tumbuhan liar di hutan mempunyai 1001 macam manfaat, selain harganya ada yang mencecah hampir RM1 juta sepokok untuk spesies tertentu. Kini, bunga orkid sering ditanam sebagai tanaman hiasan di rumah.
Orkid dikatakan mahal kerana memiliki beberapa keistimewaan seperti bentuk, warna dan jangka hayat bunganya yang panjang memberikan nilai estetika. Tidak hairanlah, ada pekebun menjadikan orkid tanaman industri dan komersial kerana ia memberi pulangan menguntungkan.Taman Botani adalah lokasi penganjuran Orkid Putrajaya 2023.
Di Malaysia, orkid bernilai tinggi daripada spesies Orkid Gold of Kinabalu atau nama saintifiknya Paphiopedilum Rothchildianum, menduduki tempat kelima dalam senarai orkid termahal dunia, iaitu berharga RM27,270 sepokok.
Tertanya-tanya juga mengapa ia sangat mahal? Orkid dari Sabah ini dikatakan mengambil masa selama 15 tahun untuk mekar berbunga dan dipercayai tergolong dalam spesies terancam.Kecantikan orkid yang dulunya hidup secara liar di hidup memang tidak puas mata memandang.
Satu lagi spesies orkid liar yang dikenali sebagai "orkid selipar" (slipper orchid) hanya boleh dijumpai di Sarawak. Spesies Paphiopedillum Sanderianum ini juga sangat berharga kerana mendapat permintaan tinggi terutama dalam kalangan pembiak orkid.
Namun, spesies ini sangat terancam dan kini dilindungi di bawah ordinan konservasi Sarawak. Harga orkid itu kira-kira RM1 juta sepokok.
Bagi spesies orkid Shenzhen Nongke yang hanya ada di China, ia dilaporkan dijual dengan harga RM912,484 sepokok yang mengambil masa lapan tahun penyelidikan oleh saintis di negara itu bagi mencipta bunga yang cantik dan elegan.
Orkid dari genus Cymbidium itu dipercayai paling mahal di dunia, hanya mekar setiap empat hingga lima tahun sekali, selain melambangkan sosiobudaya negara China dan aroma yang wangi.
Kawasan Taman Botani yang luas memberi peluang pengunjung melihat kecantikan orkid sepuas hati.
Tumbuhan itu mempunyai pelbagai spesies, aneka warna, bentuk, harum, tahan lama, unik dan pesona keindahannya menjadi penyeri laman serta ruang kediaman, selain penyumbang kepada industri tanaman hiasan di Malaysia.
Malah, sesetengah spesies orkid mempunyai manfaat perubatan, meskipun tidak sepopular tumbuhan herba seperti Tongkat Ali atau Kacip Fatimah. Ia memberi penyembuhan pelbagai penyakit dan digunakan sebagai ubat-ubatan tradisional dalam kalangan masyarakat di China dan Nepal sejak ribuan tahun lalu.
Ada jualan orkid dengan harga berbaloi sempena Orkid Putrajaya 2023.
Di Malaysia, terdapat beberapa spesies orkid boleh digunakan dalam perubatan tradisional. Contohnya, Corymborkis Veratrifolia yang juga dikenali sebagai Hancing Ali digunakan untuk merawat penyakit pundi kencing.
Selain itu, bahagian pseudobulb dan daun spesies Acriopsis Javanica dan Phalaenopsis Amabilis jika dihancurkan boleh dijadikan 'tuam' bagi melegakan sakit kepala dengan meletakkan pada dahi. Begitu juga dengan spesies Pseudobulb Calanthe Triplicata yang dihancurkan dan diperah jusnya, digunakan untuk menyembuhkan demam. Dendrobium Crumenatum atau orkid merpati boleh digunakan untuk merawat sakit kepala dengan meletakkan tuam dihasilkan daripada 'pseudobulb' pada dahi.Seni dekorasi yang anda boleh saksikan di Orkid Putrajaya 2023.
Orkid pelbagai warna semulajadi memang cantik jika dijadikan hiasan di rumah.
Menyedari keunikan, keistimewaan dan potensi komersial tumbuhan itu kepada masyarakat di seluruh dunia, Perbadanan Putrajaya menganjurkan Orkid Putrajaya 2023: Pesona Anggerik pada 14 hingga 20 Disember 2023 di Taman Botani, Presint 1, Putrajaya. Ia dibuka kepada orang ramai dari jam 8 pagi hingga 10 malam.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung sepanjang seminggu penganjuran Orkid Putrajaya 2023, antaranya Pertandingan Orkid Domestik dan Antarabangsa, Pameran dan Pertandingan Bonsai, Pameran Orkid VIP, Orkid Masterpiece dan Pameran Terrarium.
Manakala aktiviti dan persembahan pula ialah bengkel gubahan orkid, bunga dan terrarium, demonstrasi dan talk show, persembahan kebudayaan dan buskers, orkid fashion show, pelbagai cenderamata dan jualan food truck.Aktiviti komersial seperti jualan garden bazar dan hort mart turut diadakan. Pengunjung boleh membeli pelbagai jenis orkid dengan harga berbaloi dengan wang anda.
Siapa percaya tanaman seperti orkid boleh mencecah harga sehingga RM1 juta sepokok!
Sempena Orkid Putrajaya 2023, penganjur turut mengadakan acara larian, Larian Orkid Putrajaya (Putrajaya Orchid Run) 2023 pada 17 Disember 2023 di Taman Botani. Ia akan bermula jam 7 pagi dan berakhir jam 11 pagi.
Jangan lupa mengambil bahagian kerana sambil melihat kecantikan orkid, anda turut mengeluarkan peluh!.
Harga untuk early bird bagi penyertaan dewasa ialah RM40 (harga biasa RM50) dan untuk kanak-kanak RM30 (harga biasa RM40). Setiap peserta yang mengambil bahagian akan menerima sehelai baju-T eksklusif dan medal.Hubungi Perbadanan Putrajaya di talian 03-88877000 atau laman web, www.ppj.gov.my atau FB: Putrajaya untuk maklumat lanjut.
Jumpa anda di sana! - KitaReporters
Kajian
mendapati ada lebih 25,000 spesies orkid di seluruh dunia, tumbuhan yang tiada
nilainya dengan kecantikan.