Oleh SALEHA SABRAN

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


Bijak pandai menyatakan bahawa kualiti dalam berkata-kata adalah tidak dapat dinilai dari seberapa banyak kamu bicarakan sebaliknya seberapa banyak orang yang memahami apa yang kamu bicarakan. 

Mungkin ini merupakan cetusan idea dalam menghasilkan kecerdasan buatan, kepintaran buatan atau dalam istilah Bahasa Inggerisnya Artificial Intelligence (AI). 

Jika kita melakukan carian dalam Internet, program AI merupakan kecerdasan dimiliki dan ditunjukkan suatu sistem beratur cara atau mesin jentera yang mampu melakukan tugas dan fungsi mirip yang dijana oleh pemikiran manusia.

Mari kita imbas kembali, sewaktu kecil acap kali kita melihat dalam telemovie mengenai ejen perisik menggunakan pelbagai alat-alat kecil dan unik. 

Kadangkala tidak difikir akal mengenai idea dan hasil ciptaan hebat profesor dan pengkaji pada zaman itu.

Usai dewasa, kita melihat program AI ini lebih maju berbanding masa dahulu. Ilmu Allah sangat luas sehinggakan diilhamkan kepada orang-orang bijak pandai agar menghasilkan alat-alat sedemikian rupa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kecerdasan buatan aau AI


Konsep AI


Tahukah anda Program AI ini turut meliputi sistem pakar maksudnya semua data mengenai pengetahuan para pakar di dunia ada di dalamnya, robotik dan sistem sensor computer vision iaitu mengintrepetasi gambar atau objek melalui komputer atau mudahnya mesin pengecaman sama ada menggunakan wajah, mata mahupun jari. 

Program AI juga merupakan sistem yang boleh diberikan arahan, melatih atau mengajar sebagai contoh, mesin pesanan makanan di kedai serbaneka (Self Service Ordering) atau mesin pembayaran kiosk restoran.

Pendekatan Program AI yang diguna pakai akan dirancang dengan baik agar dapat memudahkan tugas rutin atau penyampaian maklumat dengan lebih berkesan. 

Ini termasuklah pembangunan sumber manusia yang lebih kompeten bagi menghadapi cabaran yang lebih kompleks. 

Malah, penggunaan Program AI ini juga boleh dilihat sebagai ancaman sekiranya kemampuan menyimpan data yang tidak terbatas, memiliki ketepatan dan kecekapan dalam sistem kerjanya juga apabila program AI dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa rasa penat mahupun bosan sebagai contoh telefon bimbit. 

Hanya dengan satu klik atau arahan semua dapat dilaksanakan dengan pantas.


Keberkesanan AI dengan nilai integriti warga universiti


Pendekatan Program AI bagi warga universiti lebih sinonim jika digunakan dalam meningkatkan pengurusan integriti dan profesionalisme dalam kalangan pekerja, termasuk juga pendidik. 

Ini kerana bagi warga universiti, integriti merupakan suatu nilai murni atau kualiti unggul yang harus wujud dalam diri setiap individu atau sesebuah organisasi.

Seseorang yang berintegriti melambangkan beliau insan jujur dan amanah dalam pekerjaannya.

Oleh yang demikian, jika warga universiti dapat mencipta inovasi atau pembaharuan yang menitikberatkan integriti ia merupakan elemen penting juga suatu nilai tambah dalam memastikan perkhidmatan yang diberíkan sentiasa berada pada tahap yang cemerlang dan hasil kerja yang sangat sistematik.



Cadangan penggunaan AI dalam warga universiti


Perkembangan teknologi, Artificial Intelligence (AI), Robotic Process Automation, Internet of Things (IoT) dan sebagainya bukan sahaja mempunyai potensi untuk menambah baik cara kita bekerja, tetapi juga telah mengubah cara rakyat berhubung dan berinteraksi dengan pihak universiti dan pihak penggubal dasar secara amnya. 

Ini menjadikan rakyat atau pelanggan lebih berpengetahuan dan mempunyai harapan yang lebih tinggi terhadap perkhidmatan awam.

Justeru warga universiti sewajarnya menggunakan Program AI bersama-sama dengan pertimbangan manusia.

Program AI boleh menjadi alat yang berkuasa untuk menganalisis data dan mengenal pasti corak tingkah laku, tetapi ia tidak sempurna.

Demi memastikan ketepatan dan keadilan, adalah penting untuk menggunakan Program AI bersama-sama dengan pertimbangan dan pengawasan manusia.

Adalah menjadi tanggungjawab warga universiti memastikan kandungan maklumat yang diberikan tepat, perlu ada pemantauan dan atasi berat sebelah secara berterusan.

Biasanya dalam data yang digunakan untuk melatih sistem AI boleh membawa kepada penilaian integriti yang tidak tepat atau tidak adil. 

Oleh itu, adalah penting untuk terus memantau dan menangani berat sebelah dalam data yang digunakan untuk melatih sistem AI dan untuk melaksanakan perlindungan untuk mencegah diskriminasi.

Sistem perkhidmatan yang diberikan perlu ada penambahbaikan berterusan. Proses ini adalah sangat baik demi memastikan pematuhan undang-undang dan piawaian etika yang terpakai. 

Lantas, universiti hendaklah memastikan bahawa mana-mana sistem AI yang digunakan untuk menyelia integriti mematuhi undang-undang dan piawaian etika yang berkenaan.

Ini termasuk memastikan hak dan privasi warga universiti dilindungi.

Seiring peningkatan teknologi semasa, warga kerja termasuk juga pendidik perlu dipupuk budaya integriti dan tingkah laku beretika.

Keberkesanan AI dalam menyelia integriti di universiti akhirnya bergantung pada cara ia digunakan dan disepadukan dengan alat dan proses lain untuk menggalakkan budaya integriti dan tingkah laku beretika.

Oleh itu, universiti harus mengutamakan pemupukan budaya integriti dan tingkah laku beretika sebagai komponen utama pendekatan mereka untuk menggunakan AI.

Sistem atau perkhidmatan yang disediakan perlu menyediakan tahap ketelusan dan akauntabiliti.

Universiti harus telus tentang penggunaan AI mereka dalam menyelia integriti dan harus menyediakan maklumat yang jelas dan boleh diakses tentang cara AI digunakan dan apakah tahap perlindungan yang disediakan untuk melindungi hak-hak dan privasi warga universiti. 

Selain itu, universiti harus bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat oleh sistem AI dan harus bersedia untuk menjelaskan dan mewajarkan keputusan tersebut apabila perlu.

Penggunaan teknologi terkini dan keberkesanan perkongsian maklumat memainkan peranan amat penting kepada universiti agar penyampaian perkhidmatan dapat diberikan dengan berkualiti kepada pelanggan dan pemegang taruh. 

Sebagai contoh penggunaan Program AI di universiti adalah rakaman video yang sistematik dan berkesan menggunakan dron,  mesin pengimbas berteknologi Artificial Intelligence (AI) telah digunakan dalam kebanyakan sistem kehadiran di universiti,

Sistem bacaan nama graduan dalam sesebuah Istiadat Konvokesyen juga telah mengguna pakai scanner dan ada juga penambahbaikan menguna pakai Radio Frequency Identification Device (RFID) dalam pengurusan Istiadat Konvokesyen di samping ia digunakan sebagai rekod inventori jubah-jubah tersebut.

Walau bagaimanapun, universiti tidak dapat memenuhi keperluan-keperluan tersebut kerana dihimpit oleh hambatan kewangan meskipun dipercayai ia boleh meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti.


Kesimpulan


Sebagai penjawat awam dinasihatkan agar pegawai universiti melaksanakan sistem tadbir urus terbaik, mengamalkan budaya kerja berkualiti dan memantapkan nilai integriti bagi menentukan penjawat awam menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang selaras dengan perkembangan teknologi, Artificial Intelligence (AI).


SALEHA SABRAN merupakan pegawai U-Media, Pembantu Tadbir, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis.



12
12
0
13
0

Copy Link: