Projek Tanaman Fertigasi dan Hidroponik Melon Manis Terengganu! Usaha sama UMT dan OKU penglihatan!
Published bySERAMAI 10 ahli Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) cawangan Terengganu berpendapatan isi rumah B40 terpilih menjadi peserta perintis Projek Tanaman Fertigasi dan Hidroponik Melon Manis Terengganu.
Projek yang akan
bermula pada tahun 2024 mendapat sokongan dana menerusi Yayasan Hasanah dan
Kementerian Kewangan (MoF) berjumlah RM250,000.
Universiti Malaysia
Terengganu (UMT) sebagai rakan kerjasama pula akan melakukan program pemindahan ilmu tanaman fertigasi terkini.
Lebih menarik apabila pihak UMT mengambil inisiatif memperkenal modul Braille tanaman fertigasi Melon Manis Terengganu untuk peserta terlibat.
Peserta pprojek tanaman Melon Manis Terengganu menunjukkan hasil tuaian
Pensyarah Kanan
Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) UMT, Dr Wan Zaliha Wan Sembok, semua
peserta terlibat terlebih dahulu diberi tunjuk ajar secara teori dan amali
menerusi kelas yang diadakan dua kali seminggu sejak Mac 2023 lalu.
Penyelarasan perjalanan projek itu turut dibantu oleh dua Penuntut Sarjana UMT, Firdaus Mohd Hatta (Sarjana Ekologi, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin) dan Fatin Nur Atilia Abdul Razak (Sarjana Sains Tanaman, Fakulti Perikanan dan Sains Makanan)
"Kami ajar cara bancuh baja, cara jaga pokok sampailah dapat kebiasaannya grednya boleh cecah gred A.
"Kalau untuk projek rintis ini, atau permulaan kami tanam 200 pokok dan anggaran 150 kg. Satu kilogram dijual dengan harga RM12. Kalau 100 sekilo, dapatlah lebih kurang dalam RM1,100," katanya.
Peserta projek sedang melakukan penuaian hasil Melon Manis Terengganu
Sementara itu, Pengerusi SBM Terengganu, Mohd Imranfaisal Zulkifli yang mengetuai projek tersebut berkata program berjaya mencipta pekerjaan dengan waktu fleksibel, sekali gus dapat meningkatkan kemahiran dan kompetensi keusahawanan tani para peserta.
Pada sesi pembelajaran tersebut peserta didedahkan dengan kitaran tanaman selama 65 hari sehingga tuaian melibatkan 200 polibeg bagi sebuah khemah khas atau ‘rumah hijau’ berharga RM10,000 seunit dan peralatan, baja, biji benih yang disediakan bagi menjayakan projek tersebut.
Setiap polybeg mampu
mengeluarkan sebiji atau dua buah melon manis Terengganu dianggarkan nilaian
beratnya adalah sekitar satu sehingga 1.5 kg. - KitaReporters