Tahniah UUM! Reka cipta Malten DIO Key Drop Inasis TNB menangi pingat perak! Ereka 2023 di UniMAP!

Published by
KitaReporters

Hasil Malten Dio Keydrop yang dimenangi di UniMAP.

Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa dan Residen Siswa (JKPS/RS) Inasis TNB yang menyertai program Ekspo Reka Cipta UniMAP 2023 (Ereka 2023) memenangi Pingat Perak sempena pameran anjuran Centre for Innovation and Commercialization (CIC), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 10 Mac hingga 12 Mac 2023 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan reka cipta dan inovasi

Dr Rohani Abdullah (tengah) bersama staf dan pelajar yang menangi Pingat Perak.


Pingat Perak yang dimenangi.

Peserta yang menyertai pameran yang berasaskan bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan ini perlu menerangkan lebih mendalam mengenai ciptaan atau inovasi mereka itu disertai lapan orang terdiri dari dua orang JKPS dan enam staf termasuk Pengetua Inasis MAS/TNB (Malten) UUM Prof Madya Dr Rohani Abdullah.

Dr Rohani yang bertindak sebagai Pengurus Prjek (PM) yang ditemui berkata, produk inovasi Malten DIO Key Drop yang dketengahkan dalam pameran ini adalah hasil kreativiti staf yang menangani rutin mereka dalam mengumpul dan menyimpan kunci bilik asrama Inasis ini.


Team UUM bersama Naib Canselor UniMAP.

“Secara ringkasnya, produk yang dihasilkan melalui bahan terbuang ini bukan sahaja menjimatkan tetapi memudahkan pelajar untuk menyimpan secara sistematik, selamat, mesra pengguna dan menyeronokkan,” katanya lagi. 

Kreativiti pelajar dan staf yang dihasilkan ini akhirnya memikat juri yang mengadilinya dengan menganugerahkan pingat perak dalam pameran ini.

“Sesungguhnya kemenangan ini bukan sahaja memberi semangat kepada peserta yang menyertainya malah gembira dengan pencapaian julung kali dalam penyertaan Ereka 2023 ini,” sambung Rohani lagi. - KitaReporters


Juri sedang mengadili penghasilan produk yang menyertai pameran itu.
Ekspo Reka Cipta UniMAP 2023

12
14
0
8
0

Copy Link: