Berita Terkini| Bazar Aidilfitri di Lorong TAR kembali menemui pembeli ! Bermula 17 April ini
Published bySELEPAS beberapa tahun menyepi akhirnya Bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) akan bermula pada 17 April hingga 12 Mei 2021.
Perkara itu diumumkan oleh Unit Media Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan media yang memaklumkan seramai 208 penjaja akan mengambil bahagian
untuk berniaga di Lorong TAR dari kawasan belakang bangunan Kompleks Campbell
hingga ke susur keluar persimpangan Masjid India.
“Tempoh operasi bazar ini bermula 10 pagi hingga 12
tengah malam setiap hari sepanjang tempoh itu dan dikawal selia sepenuhnya oleh
DBKL.
"Pagar akan dipasang di sepanjang jalan kawasan Lorong TAR yang menempatkan penjaja bazar berkenaan bagi mengawal laluan keluar masuk pengunjung," katanya di Kuala Lumpur, pada Ahad 11 April 2021.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa membenarkan lokasi bazar Aidilfitri beroperasi kembali di Lorong TAR selepas dua tahun dipindahkan ke Jalan Raja.
Dalam kenyataan sama, DBKL turut memaklumkan
pelaksanaan bazar Ramadan di 65 lokasi bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
beroperasi pada 1 Ramadan bermula jam 3 petang hingga 8 malam.
DBKL turut memaklumkan, tapak tradisi Pasar Malam
Lorong TAR yang beroperasi setiap Sabtu akan beroperasi di Jalan TAR sepanjang
Ramadan. - KitaReporters