KRISIS kesihatan akibat Covid-19 di India sangat kritikal buat masa ini dan merekodkan peningkatan drastik bagi kes jangkitan harian sekali gus menjadikan jumlah kes baharu sepanjang minggu ini sebanyak 1.57 juta.

Keadaan itu menjadikan pekerja kesihatan sangat sibuk dan tidak menang tangan ‘melayan’ pesakit di hospital.

Malah kemudahan ambulans yang disediakan juga dilihat tidak mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada penggguna.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan India


Menyedari kekurangan kemudahan itu, perkhidmatan ambulans yang disediakan secara percuma dilancarkan di New Delhi oleh Ahli Parlimen Parti Aam Aadmi, Sajay Singh degan kerjasama Yayasan TYCIA

Menerusi perkhidmatan yang disediakan, pesakit yang mengalami gejala ringan dan memerlukan sokongan oksigen boleh menghubungi auto ambulans ke hopsital.

Memetik Indaitimes, kenderaan beca bermotor itu turut dilengkapi tong oksigen, cecair sanitasi dan juga ‘pemandu’ ambulans yang memakai PPE.

Wah! Terbaik…




Menurut Sanjay yang melancarkan perkhidmatan berkenaan, perkhidmatan itu diberikan secara percuma kepada penduduk berikutan kemudahan yang ditawarkan kerajaan tidak dapat menampung permintaan yang tinggi buat masa ini.

Perkhidmatan itu bertujuan memastikan pesakit yang mengalami gejala ringan cepat sampai ke hospital sebelum diberikan rawatan yang lebih serius.

Bagus ada wakil rakyat yang sentiasa memikirkan kebajikan rakyat .

Semoga lebih banyak perkhidmatan sama ditawarkan memandang keadaan di India semakin kritikal dan sangat membimbangkan.



Terbaharu, gelombang kedua Covid-19 di negara farmasi dunia itu terus tidak terkawal dan jumlah keseluruhan kes ketika ini adalah sebanyak 21.9 juta (setakat 8 Mei 2021).

Malah, pakar perubatan India menyatakan situasi sebenar di India adalah lima hingga 10 kali lebih teruk berbanding yang dilaporkan oleh kerajaan.

Sebelum ini media Metro UK melaporkan lebih ramai pesakit yang mati sehingga memaksa upacara pembakaran mayat dilakukan secara besar-besaran dan di tepi-tepi jalan.

Dengan pusat-pusat pembakaran mayat yang telah penuh, beberapa kemudahan sementara turut dibina bagi membakar mayat ribuan mangsa virus Covid-19 yang mati setiap hari di negara itu.


Kredit foto: Metro UK


Seorang koordinator upacara pembakaran mayat, Jitender Singh Shanty, sekiranya lebih banyak mayat, pihaknya terpaksa bakar di atas jalan berikutan tiada lagi ruang untuk melakukan upacara itu di pusat pembakaran.

Katanya pandemic telah ‘menelan’ bandar New Delhi seperti seekor raksasa.

“Kami hanya terus membakar mayat yang tiba. Bagaikan berada di tengah-tengah peperangan,” katanya.

Dalam sehari, kira-kira ribuan yang dibakar di sebuah kawasan di timur bandar New Delhi.

Daripada beberapa keping gambar, dapat dilihat asap berkepul-kepul pada waktu siang dan malam yang datangnya dari sebuah kawasan lot parkir yang dijadikan pusat pembakaran mayat sementara. - KitaReporters



2
0
0
0
0

Copy Link: