KERAJAAN bercadang melaksanakan proses pendaftaran secara automatik bagi memastikan seramai mungkin rakyat boleh divaksinasi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) diminta melihat semula proses pendaftaran vaksin untuk dapat dipermudahkan lagi.

“Saya mendengar keluhan daripada penduduk di luar bandar, kampung-kampung dan pedalaman terutama warga emas yang sukar untuk membuat pendaftaran dan menerima vaksin.

“Untuk itu, saya telah mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat agar menggunakan semua aset kerajaan bagi mempermudahkan untuk mereka mendapat vaksin,” katanya ketika Perutusan Khas berhubung Perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada Sabtu, 5 Jun 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0

Copy Link: