Pahang, Terengganu sekarang musim salji! Tak sabar nak balik kampung! Semuanya gara-gara PKP!
Published byTidak
dinafikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi kekang penularan
Covid-19 turut mengundang kerinduan pada desa tercinta. Pasti ada yang sudah
lama tidak pulang ke kampung, beraya pun sebagai ‘dendang perantau’!
Dek kerana sekian lama tidak dapat pulang, pasti telah banyak perubahan berlaku di kampung dan gara-gara PKP, perantau berasal dari Pahang dan Terengganu kini sekadar mengigit jari melihat orang kampung sedang berseronok bermain salji.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan salji
Kedua-dua negeri ini kini dilanda musim sejuk!
Bagaimanapun, ia bukan satu realiti sebaliknya hanya sebagai simbolik betapa lamanya tidak pulang ke kampung yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Muhammad Shukri.
“Lama tak
balik Pahang, katanya Pahang musim sejuk sekarang ini. Sejuk sampai ke
Terengganu, la beku katakan. Semoga PKP
3.0 ni cepat berakhir, tak sabar nak balik kampung main salji,” tulisnya.
Perkongsian berserta hasil suntingan gambar beberapa lokasi di Pahang dan Terengganu yang dipenuhi sajli berjaya menarik perhatian warganet.
Menjengah
ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gurauan berkenaan. Jika
para perantau tidak sabar untuk pulang ke kampung bermain salji, orang kampung
kini telahpun kenakan pakaian tebal kerana terlalu sejuk.
“Patut baru
ni bangun pagi sejuk ketor (teramat sejuk), rupanya salji depan rumah," tulis
pengguna Facebook, Normieyus.
“Ganu turun
salji awe (sebab) lame dok balik sebab PKP. Aku duk Ganu sejuk ketor. ‘Aircond’
dalam rumah, duk luor sejuk lagi kena pakai baju tebal plok,” seloroh Adex Sue
Alias Hashim.
“Tak sabar
ni nak pakai baju sejuk balik Kuantan. Lama tak balik, sampai beruang kutub dah
pindah duduk Kuantan,” kata Ezzati Radzi.
“Kami tak pakai penghawa dingin sekarang, kami guna pemanas tu. Sejuk giler, mujor ada unggun api,” ujar Ug Bd Baiduri.
Meskipun semuanya sekadar imaginasi namun dapat menghiburkan hati masing-masing apatah lagi ramai di antara kita pasti merasa bosan duduk di rumah bagi mematuhi prosedur operasi standard PKP.
Sementara itu, menjengah ke pencarian imej di Google, ditemui satu keratan akhbar disiar sekitar tahun 2014 bertajuk ‘Kuala Terengganu bersalji, dijangka pada minggu depan’ namun dek kerana imej begitu kabur laporan itu tidak dapat dibaca bagi ketahui info lebih jelas.
Pada tahun sama juga iaitu sekitar Januari, Kualai Krai di Kelantan pernah dilaporkan alami cuaca sejuk sehingga suhu serendah 17 darjah Celsius, sekali gus menyebabkan penduduk terpaksa memakai baju sejuk bagi memanaskan badan.
Fenomena suhu sejuk itu berpunca daripada luruan udara sejuk dari Tanah Besar China yang bergerak ke Laut China Selatan dan keadaan itu biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.
Bayangkan jika salji benar-benar turun di Malaysia yang beriklim tropika.
Buat masa ini kita mungkin sekadar fikirkan keseronokan bermain salji, ‘feeling’ berada di luar negara namun fenomena alam itu juga sebenarnya memberi kesan negatif terhadap kehidupan. - KitaReporters
Kredit foto: http://cintajadta.blogspot.com/