Kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia 2020! Motosikal: Yamaha 135LC! Kereta: Proton Wira!
Published byADAKAH anda tahu motosikal jenis apakah yang paling banyak dicuri di Malaysia separuh pertama (1H) tahun 2020? Selain carta motosikal, kereta dan juga kenderaan komersial turut disenaraikan. Ini perangkaan daripada Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC). : KitaReporters
Motosikal jenama Yamaha 135LC paling banyak dicuri. - Kredit foto: Google Image
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan motosikal:
https://kitareporters.com/search?search=motosikal
VTREC telah menyiarkan data separuh pertama tahun 2020 (Januari-Jun 2020) untuk jenis kenderaan paling banyak membuat tuntutan insurans disebabkan kes kecurian.
Sebagai makluman, statistik yang dikeluarkan oleh VTREC ini diperoleh berasaskan tuntutan insurans terhadap kes kecurian.
Ini bermakna data sebenar boleh jadi berbeza berbanding laporan kecurian diterima oleh polis kerana ada kemungkinan pemilik motosikal tidak membuat tuntutan insurans.
Selain motosikal, VTREC juga menyenaraikan tuntutan insurans lain seperti kereta dan juga kenderaan komersial.
Okay, pasti anda tidak sabar nak tahu apakah jenis kenderaan yang tersenarai dalam 10 kenderaan paling banyak dicuri separuh pertama tahun 2020!
Berikut adalah 10 senarai jenis motosikal yang paling banyak dicuri.
Yamaha 135LC berada di tangga teratas menerima tuntutan insurans diikuti Honda C100 di tempat kedua.
Malah motosikal jenama tempatan, Modenas Kriss turut tersenarai dan berada di tempat ke-33.
Motosikal jenama tempatan, Modenas Kriss berada di kedudukan kelapan.
Manakala bagi kenderaan jenis kereta pula, Proton Wira berada di kedudukan pertama seperti mana tahun 2019. Kalau dilihat carta di bawah, kereta tempatan paling banyak tersenarai pada separuh pertama 2020 ialah Proton Wira, Proton Iswara dan Toyota Hilux.
Proton Wira merupakan kereta paling banyak dicuri. - Kredit foto: Google Image
Sementara itu, kereta jenama Honda City berada di kedudukan kesembilan di mana sebanyak 44 tuntutan insurans telah dilaporkan.
Kebanyakan kereta jenama tempatan paling banyak dicuri.
Bagi kenderaan komersial seperti lori, Isuzu NPR menerima tuntutan insurans paling tinggi pada separuh pertama tahun 2020 diikuti tempat kedua, Nissan Vanette. Manakala kenderaan komersial keluaran tempatan seperti Hicom Perkasa berada di kedudukan kelima.
Bagi kenderaan komersial, Isuzu NPR paling banyak dicuri.
Apakah faktor yang menyebabkan kenderaan-kenderaan
ini menjadi paling banyak dicuri? Adakah ia disebabkan ciri-ciri keselamatan
yang rendah, kecuaian pemilik atau sebab lain?
Justeru, jagalah baik-baik kenderaan millik anda
sebaik-baiknya. Jangan beri peluang kepada penyamun di luar sana mencuri harta
benda anda. - KitaReporters