COVID-19: ELAK DULU KE GIM, EKSESAIS DI RUMAH?

Published by
KitaReporters
BAGI anda yang selalu ke gimnasium untuk bersenam, berhati-hatilah kerana lokasi ini berisiko tinggi untuk koronavirus tersebar. Ini telah dikongsikan oleh Dr Norman Swan kepada media Dailymail Uk berkata, gim adalah tempat paling sesuai untuk virus tersebar kerana peluh. Ini kerana kuman senang tersebar di tempat lembap dan senang hidup. : KitaReporters

Kelembapan adalah perkara yang tidak baik untuk menyebarkan kuman. 

Anda mungkin boleh dijangkiti dengan mudah sekiranya ada penghidap penyakit Koronavisru-2019 atau Covid-19 ini datang dan menggunakan peralatan di gimnasium.

Ini bukan bermaksud menyuruh anda untuk berhenti pergi ke gim, anda hanya perlu berhati-hati di gim. 


Anda perlu pastikan anda lap terlebih dahulu peralatan sebelum dan selepas digunakan. 

Bukan itu sahaja, Dr Swan juga menyeru agar orang ramai perlu menggunakan cecair pembasmi kuman semasa mereka bersenam dengan mengelap barang yang akan digunakan.


Orang ramai juga perlu mengelakkan daripada menggunakan bilik wap kerana bilik tersebut tidak cukup panas untuk membunuh kuman tersebut.

Kepada anda yang mempunyai simptom batuk atau bersin, hindarilah diri daripada ke gim sehingga sihat. - KitaReporters 

Laporan dan statistik terkini mengenai COVID-19 di https://kitareporters.com/coronavirus

1
0
0
0
0

Copy Link: