BERTEPATAN dengan aspirasi Keluarga Malaysia, Co-opbank Pertama (CBP) terus menyatakan komitmen institusi kewangan itu untuk tetap mendekati dan membantu golongan B40, asnaf dan fakir miskin bagi meringankan beban mereka dengan memberikan bantuan berupa wang tunai dan bantuan bekalan makanan asas

Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, bantuan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan ini adalah menerusi program Touch-Point, agihan kotak rezeki dan juga Back To School untuk pelajar-pelajar daripada kumpulan yang dinyatakan. 


Lagi cerita-cerita menarik


BAHAROM EMBI


“Menerusi program Touch-Point yang diadakan pada hari ini, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) CBP telah turun padang dalam menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan kotak makanan asas kepada keluarga B40. 

“Objektif program Touch Point ini adalah bagi menyediakan bekalan makanan asas dan juga sedikit sumbangan wang tunai kepada golongan asnaf, fakir, miskin dan B40 yang menetap dalam lingkungan berhampiran dengan cawangan CBP,” katanya ketika ditemui di Majlis Agihan Kotak Rezeki dan Back To School di Masjid Jamek, Permatang Rambai, Penaga, Pulau Pinang pada 1 Februari 2022 lalu. 


BAHAROM Embi (tiga dari kanan) bersama Timbakan Pengerusi, Nor Hidayah Omar (dua dari kiri) meraikan penerima bantuan persekolahan sempena Program Kotak Rezeki dan Back To School yang diadakan di Masjid Jamek, Permatang Rambai, Penaga, Pulau Pinang, pada 1 Februari 2022.

Selain itu, Baharom turut berkata, menerusi program Back To School pula, CBP telah membuka akaun simpanan-i Salam MyStar kepada pelajar-pelajar ini dengan jumlah RM200 seorang yang membolehkan pemegang akaun ini secara tidak langsung akan menjadi ahli kelab MyStar

“Kelebihan yang akan diperolehi oleh Ahli Kelab MyStar ini adalah, ahli dapat menerima potongan harga daripada rakan kerjasama strategik CBP. Pada ketika ini, CBP telah bekerjasama dengan Penang Bird Park di mana ahli-ahli diberi kemasukan percuma dan juga Kedai Salim Wahab yang memberi potongan harga sehingga 15%. 

Tambahnya lagi, CBP juga turut merancang untuk menambah lagi beberapa rakan kerjasama strategik ini dalam memberi keistimewaan dan manfaat kepada ahli kelab MyStar ini.

Sel;ain itu, tambahnya, pembukaan akaun Mystar serendah RM20 ini juga mampu memupuk semangat menabung pada usia muda. - KitaReporters


13
11
0
10
0

Copy Link: