BERHENTI! KENA PERIKSA SUHU BADAN DULU!!
Published by
KitaReporters
--title--
PENINGKATAN jumlah kes positif dan kematian akibat wabak Covid-19 di negara ini, maka beberapa langkah pemantuan dan pemeriksaan kini dilakukan terhadap mereka yang mengunjungi tempat-tempat awam seperti pasar awam untuk membeli barangan keperluan. : KitaReporters
Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Manjung (MPM) melakukan pemeriksaan suhu badan ke atas pengunjung di Pasar Awam Seri Manjung di Perak pada 23 Mac 2020.
Keadaan pengunjung yang bersesak itu sebenarnya meningkatkan risiko penularan wabak Covid-19 kerana kita sendiri tidak tahu orang yang berada di sekeliling kita pada waktu itu mengalami simptom Covid-19 aau tidak.
Bagi pengunjung pasar awam di daerah Manjung, Perak, anda boleh menarik nafas lega apabila setiap orang yang mahu masuk ke dalam premis tersebut akan diperiksa suhu badan terlebih dahulu.
Langkah
proaktif Majlis Perbandaran Manjung (MPM) itu dapat dilihat menerusi
video berdurasi 46 saat yang dikongsi dalam laman Facebook pihak berkuasa
tempatan (PBT) itu pada Isnin, 23 Mac 2020.
Setakat
ini, video yang turut memaparkan pengunjung beratur panjang kerana
menjaga jarak diri masing-masing telah dikongsi oleh 558 pelayar dan
menerima 578 tanda suka.
Video berdurasi 46 saat yang dikongsi MPM di laman Facebooknya (https://www.facebook.com/mpmanjung/) :
Kredit foto: FB Majlis Perbandaran Manjung (https://www.facebook.com/mpmanjung/)
Menurut Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md. Salleh, operasi pemeriksaan suhu badan itu dilakukan di Pasar Awam Seri Manjung melibatkan kira-kira 400 pengunjung.
Katanya,
tindakan itu sebagai usaha kawalan pihaknya dalam mengekang penularan
wabak Covid-19 terutama di kawasan pasar yang masih menjadi tumpuan
orang ramai.
"Kita telah
lama merancang untuk melakukan pemeriksaan suhu badan ke atas
pengunjung, namun mengalami kekangan ekoran bekalan alat pengesan suhu
yang sukar diperoleh di pasaran.
"Setakat
ini, kita membekalkan tiga unit alat pengesan suhu kepada anggota
penguat kuasa yang menjalankan operasi di pasar awam terpilih," katanya.
Syamsul
Hazeman berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan
sekurang-kurangnya 10 lagi tambahan alat pengesan suhu untuk memudahkan
operasi sama dilakukan di pasar awam lain seperti di Ayer Tawar,
Sitiawan, Pantai Remis, Beruas dan Kampung Koh.
Dalam
pada itu beliau berkata, MPM turut melaksanakan kawalan ketat dengan
hanya membenarkan pengunjung yang memakai penutup muka masuk ke dalam
pasar.
Orang ramai mengamalkan peraturan menjarakkan diri (social distancing) sementara menunggu giliran untuk masuk ke pasar di Manjung, Perak.
Menurutnya, setiap pengunjung diberikan tempoh berurus niaga selama 15 minit sahaja dengan kapasiti 30 orang dibenarkan masuk untuk satu-satu jangka masa.
Menurutnya, setiap pengunjung diberikan tempoh berurus niaga selama 15 minit sahaja dengan kapasiti 30 orang dibenarkan masuk untuk satu-satu jangka masa.
"Bagi
memastikan kawalan ini dipatuhi, hanya satu pintu masuk dan keluar
dibuka di semua pasar awam, pengunjung yang menanti giliran pula
diwajibkan mengamalkan jarak selamat sekurang-kurangnya dua meter.
"Semua
langkah pematuhan ini digerakkan bagi memastikan tiada kes-kes
penularan baharu berlaku di daerah ini," katanya. - KitaReporters
Laporan dan statistik terkini mengenai COVID-19 di https://kitareporters.com/coronavirus
1
0
0
0
0