Semua kena diuji! 160 anggota ATM jalani saringan COVID-19!
Published byUSAHA mengekang penularan pandemik COVID-19 di Terengganu bukan sahaja diberi keutamaan kepada penduduk yang berada di negeri ini sahaja sebaliknya para petugas yang berkhidmat di luar Terengganu dan kembali ke negeri ini juga turut diberi perhatian serius. : KitaReporters
Anggota tentera daripada 18 RAMD dari Sabah tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Lagi kisah-kisah berkaitan tentera:
https://kitareporters.com/search?search=tentera
Dalam hal ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di luar Terengganu terutama mereka dari negeri berisiko seperti Sabah tidak terkecuali daripada menjalani saringan COVID-19 sama seperti orang awam lain.
Salah seorang anggota tentera yang menjalani saringan COVID-19 di Terengganu
Kepulangan 160 anggota tentera daripada 18 RAMD (PARA) yang pulang dari Sabah, turut menjalani saringan COVID-19 yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Ketibaan anggota terbabit dengan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di lapangan terbang tersebut pada 3 November 2020 disambut oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus.
Dr Nor Azimi Yunus
Dr Azimi berkata, pihaknya menempatkan pasukan petugas khas di lapangan tersebut untuk membuat saringan kepada semua anggota tentera terbabit.
Katanya, memandangkan mereka dari negeri berisiko, semua kawalan pencegahan CVID-19 telah diambil termasuk menempatkan mereka di Pusat Kurantin dan akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi menilai status mereka.
Beliau berkata anggota tentera terbabit pulang setelah hampir empat bulan berada di Sabah bagi membantu Ops Benteng di Sabah.
Dr Noor Azimi Yunus turut berada di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu memantau pasukan kesihatan membuat saringan COVID-19 kepada anggota tentera yang pulang dari Sabah
“Anggota terbabit juga adalah sebahagian daripada petugas pasukan barisan hadapan dalam membantu usaha kerajaan menghadapi wabak COVID-19,” katanya.
Mengenai perkembangan COVID-19 di Terengganu Dr Noor Azimi
berkata, keadaan wabak tersebut kini terkawal dan tiada kes baharu direkodkan
sejak tamatnya tempoh PKPB di negeri itu. - KitaReporters