Berita Terkini| Fenomena 'bulan berdarah' petang ini! JAWI saran solat sunat, Khutbah Gerhana!
Published byGerhana bulan penuh atau dipanggil Super Flower Blood Moon akan menyebabkan bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit. - Foto Agensi Angkasa Malaysia
FENOMENA gerhana bulan penuh atau 'bulan berdarah' dijangka dapat disaksikan bermula sekitar jam 4.47 petang ini, 26 Mei 2021 dan berakhir kira-kira jam 9.50 malam.
Fasa penuh
fenomena gerhana 'Super Flower Blood Moon' hanya boleh dilihat jika berada di Semenanjung
Malaysia.
Bagaimanapun
penduduk di Sabah dan Sarawak berpeluang menyaksikan proses pembentukan
fenomena gerhana itu lebih awal.
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerusi laman web berkata, fenomena gerhana ini akan
berlaku selepas beberapa jam bulan berada pada kedudukan yang paling hampir
dengan bumi (perigee).
Kejadian itu
berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris serta
keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pula menyarankan semua masjid, surau Jumaat serta surau di Wilayah Persekutuan mengadakan solat sunat dan Khutbah Gerhana selepas solat maghrib hari ini, Rabu, 26 Mei 2021, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
JAWI dalam satu kenyataan pada Rabu, 26 Mei berkata makluman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku antara jam 7.18 hingga 8.52 malam ini. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
JAWI berkata fenomena gerhana adalah sebahagian daripada tanda kebesaran dan kekuasaan Allah. - Kredit foto: JAWI