Video| Ingatkan corak bunga pada karpet! Rupanya ribuan kelekatu datang berteduh! Berdiri bulu roma!
Published byIbarat cendawan tumbuh selepas hujan. Pasti anda pernah dengar peribahasa tersebut yang membawa maksud terlalu banyak pada sesuatu masa.
Namun apa yang hendak diceritakan di sini bukanlah mengenai maksud peribahasa tersebut. Tetapi tak lain tak bukan ialah mengenai kelekatu yang datang selepas hujan.
Kelekatu merupakan sejenis serangga yang sangat sukakan cahaya. Serangga ini suka mengerumuni lampu pada waktu malam, selalunya sebelum atau selepas hujan.
Jumlahnya yang banyak pasti menjengkelkan kerana ia meninggalkan sayap di atas lantai keesokan paginya. Nak tak nak tuan rumah juga yang terpaksa membersihkannya.
Namun, tahukah anda kelekatu sebenarnya satu peringkat dalam kitaran hidup anai-anai?
Anai-anai mempunyai tiga kasta iaitu pekerja, askar dan pembiak. Anai-anai pembiak inilah yang kita namakan kelekatu. Kelekatu mempunyai sayap dan mata.
Ia akan terbang keluar dari sarang apabila sudah matang untuk mencari pasangan dan membina koloni baru. Setelah berjaya mendapatkan pasangan, pasangan kelekatu ini akan jatuh ke tanah, menanggalkan sayapnya dan bergerak mencari kawasan untuk membina sarang baharu.
Satu video yang dikongsi oleh seorang pengguna
TikTok bernama Ayy telah mendapat perhatian netizen. Video tersebut menunjukkan
ribuan kelekatu masuk ke rumahnya.
Menariknya, sekali imbas ia tidak kelihatan seperti sekelompok kelekatu tetapi corak bunga pada karpet. Namun setelah diamati rupa-rupanya ia adalah ribuan kelekatu. Boleh meremang bulu dibuatnya.
“Saya kira tadi itu karpet permadani motif bunga
gitu. Ternyata kelekatu. Mana banyak sangat lagi,” tulis netizen.
Kelihatan beberapa kelompok kekelatu yang menyerupai
corak bunga hampir memenuhi lantai sehingga mengejutkan tuan rumah.
Dalam ruangan komen, ada netizen menjelaskan
kelekatu itu dikhabarkan boleh dimakan.
“Halaman rumah aku banyak sangat sarang kelekatu. Jiran berbondong-bondong mengambilnya. Katanya boleh dimakan. Baru saya tahu,” tulis salah seorang netizen. - KitaReporters