Taman terkecil di dunia! Disahkan GWR! Tumbuhan seperti bonsai tumbuh di tepi jalan! Tersedia bangku!

Published by
KitaReporters

Taman terkecil di dunia terletak di Pekan Nagaizumi, Wilayah Shizuoka, Jepun.


Salah satu kebaikan melancong apabila dapat membuka minda kita dan membawa pulang pelbagai idea menarik. Tapi lain pula kalau pergi melencong, selalunya tidak ada sebarang manfaat dibawa pulang.

Berdasarkan kisah menarik yang dipetik dari laman OddityCentral kali ini, seorang pekerja di sebuah kampung kecil dari negara matahari terbit telah melakukan satu pengembaraan ke Amerika Syarikat, ternyata ia bukan satu percutian yang calang-calang.

Dalam perkongsian tersebut, ketua pasukan di Bahagian Pengurusan Pembinaan Pekan Nagaizumi, Wilayah Shizuoka, Jepun, Shuji Koyama berkata, susulan inspirasi daripada penemuan seorang kakitangan yang mengembara ke Amerika Syarikat itu, beliau telah mewujudkan sebuah taman terkecil di dunia di pekan tersebut.


Aduhai... memang betul-betuk kecil.


"Pada masa itu, sekitar tahun 1988, seorang kakitangan pergi bercuti ke AS, dan menemui pemegang rekod sebelumnya bagi taman terkecil di dunia iaitu Taman Mill Ends di Portland, Oregon.

"Dalam masa sama, kami menyimpan hasrat untuk turut sama mahu mencipta nama membuat taman yang lebih kecil. Justeru penciptaannya dilahirkan dari sisa ruang semasa pembinaan jalan... mereka cuba memanfaatkan ruang kosong di tepi jalan raya Pekan Nagaizumi ini,” katanya.



Taman terkecil dunia itu, berkeluasan 0.24 meter persegi atau boleh juga dibayangkan sebesar saiz dua helai kertas A3.

Terletak di bandar sederhana Nagaizumi itu, orang ramai sering diingatkan jika melalui kawasan tersebut jangan pula tersalah anggap kerana melihat taman tersebut mungkin boleh difikir sebagai tumbuhan bonsai yang tumbuh di tepi jalan.

Ia terdiri daripada setompok kecil rumput, beberapa plak batu dan bangku untuk pejalan kaki yang memerlukan rehat daripada terus berjalan.

Kalau sebelum ini kita pergi ke taman beramai-ramai… tetapi di sini ada kelainannya. Boleh pergi sekampung tetapi hanya seorang sahaja yang boleh duduk (terdapat hanya satu bangku) manakala yang lain boleh berada di luar taman. Unik kan?


Ramai juga yang teruja untuk berkunjung ke taman terkecil dunia ini.


Antara sumber lain juga turut berkongsi, penduduk Nagaizumi memanggil tempat itu sebagai 'taman terkecil di dunia' untuk masa yang sangat lama sebagai salah satu promosi, sehiggakan ramai yang melawat bandar kecil itu berusaha mencarinya semata-mata untuk mengambil gambar atau berswafoto. 

Dengan itu, seorang juruukur profesional telah dibawa ke kawasan itu bagi mengukur dengan tepat, sekali gus memastikan ia memenuhi syarat dan prasyarat untuk diiktiraf sebagai taman harus mempunyai kehijauan yang mana sekurang-kurangnya seorang boleh berhenti berehat.

Akhirnya, ia dinobatkan sebagai taman terkecil di dunia oleh Guinness World Records (GWR) pada 25 Februari 2025.


Ukur.. jangan tak ukur.


Penduduk Pekan Nagaizumi berkata dengan mendapatkan rekod dunia, itu adalah satu cara untuk meningkatkan semangat penduduk tempatan apabila mereka boleh berbangga dengan kampung halaman mereka.

Ian tidak semudah itu, terdahulu, sekitar Julai 2024, penduduk di situ berusaha melancarkan kempen bagi mencari dana menampung kos pendaftaran secara rasmi dan memohon pensijilan Rekod Dunia Guinness bagi ruang kecil itu.

Kempen yang didorong semangat penduduk tempatan itu berjaya mengumpul kira-kira RM4,912 (2.5 juta yen) seperti mana yang diperlukan.

Di mana ada ke mahuan di situ ada jalan... semangat seperti ini yang diperlukan. Pastinya lebih banyak benda di duna yang boleh dicatat dalam rekod dunia. - KitaReporters

14
12
0
9
0

Copy Link: