Video| Laluan LRT Kelana Jaya dibina di bawah kubur? Siap ada animasi grafik dan Google Map sekali!
Published bySEBUAH video yang memaparkan animasi LRT laluan Kelana Jaya yang dikatakan dibina di bawah kubur membangkitkan semula perasaan ingin tahu dalam kalangan orang ramai sehingga meraih hampir 8 juta tontonan.
Perkongsian video yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial bernama @radinfikri menunjukkan animasi grafik sebuah laluan LRT dibina di bawah Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang yang terletak di berdekatan KLCC.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tanah perkuburan
"Betul ke> Cuba komen,” soalnya dalam ruangan kapsyen ciapan tersebut.
Susulan daripada video tular yang berdurasi 22 saat itu, seorang lagi pengguna media sosial turut memuat naik sebuah video yang menunjukkan lokasi sebenar laluan terowong LRT Kelana Jaya mengguna aplikasi Google Maps yang meraih perhatian pengguna media sosial.
Sumber foto: Selayang Pandang
Rata-rata orang ramai dalam media sosial berkongsi pelbagai pandangan untuk merungkai persoalan dan kebenaran melalui video tersebut.
“Asal kubur sahaja misteri. Masalahnya semua orang akan masuk kubur juga,” kata @maskmen05.
”Sebagai orang Kg.Baru, ini adalah salah satu fakta. Stesen Dang Wangi ke Kg. Baru memang akan melalui bawah kubur,” ujar @Luqie.
“Apa nak dijadikan isu kubur itu kerana ia akan menjadi destinasi yang kekal dan terakhir,” @ramlahmajjid. - KitaReporters