Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Aimi Jusoh memberikan taklimat kepada delegasi MARDI mengenai perlaksanaan Program Tanaman Padi Bersepadu (PTPB) di Kampung Nam Dam, Pendang.


Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) telah melaksanakan Program Tanaman Padi Bersepadu (PTPB) dengan memperkenal baja sebatian formulasi baharu sebagai penggalak tambahan (booster) yang berjaya memberikan peningkatan hasil tanaman yang optimum sekali gus meningkatkan pendapatan pesawah. 

Projek yang diterajui Nafas bersama syarikat subsidiari Nafas, Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) dilaksanakan dengan kerjasama beberapa pemain industri dan dengan dokongan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ini merupakan inisiatif bagi menyokong hasrat Kerajaan dalam merangka Modul Tanaman Padi yang mampu meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) padi dan beras negara dari 70 peratus kepada 75 peratus. 


Pengerusi MARDI, Dr Azman Ismail menunjukkan baja sebatian formulasi khas yang dikeluarkan oleh MNFSB dalam lawatan kerja ke Program Tanaman Padi Bersepadu (PTPB) di Kampung Nam Dam, Pendang.


MNFSB berfungsi sebagai kilang pengeluar baja sebatian untuk petani seluruh negara melalui skim baja subsidi Kerajaan komited memastikan para petani mendapat baja yang terbaik bagi menjamin hasil tanaman padi. 

Selari dengan komitmen berkenaan, pakej input Nafas telah diperkenal dalam projek PTPB iaitu bahan perapi tanah Silgrow Plus, baja sebatian formulasi baharu dan baja penggalak tambahan Ultra K. 

Kehadiran elemen mineral organik dan unsur surih berdasarkan cadangan MARDI merupakan satu nilai tambah dalam formulasi khas baja sebatian dalam projek ini. 

Siri input Nafas dalam PTPB ini secara tidak langsung dapat membuktikan hasil formulasi baharu ini memberi impak yang optimum dalam penghasilan padi. 

Projek sulung di Kampung Nam Dam, Pendang ini melibatkan 68 orang pesawah ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Kubur Panjang melibatkan 70 hektar kawasan penanaman padi dipandu oleh pakar padi tempatan iaitu Jaafar Zakaria yang berpengalaman lebih 25 tahun di dalam industri penanaman padi. 

Dengan kaedah dan SOP penanaman PTPB, purata hasil pengumpulan bagi satu musim ini menunjukkan peningkatan sebanyak 7 tan metrik per hektar berbanding 2.95 tan metrik per hektar yang terhasil pada musim-musim sebelum ini. 

Sementara itu, MARDI turut komited dalam kerjasama strategik Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) bersama Nafas dalam usaha penambahbaikan formula baja yang baharu melalui ujian dan R&D serta menyokong hasrat Nafas dalam usaha untuk memberikan yang terbaik kepada pesawah terutamanya berkaitan baja dan benih padi. 

MARDI dan Nafas sebagai institusi yang menjadi antara tulang belakang bagi sektor pertanian pastinya akan sentiasa berada dalam barisan hadapan serta bersedia untuk melaksanakan perubahan mengharungi cabaran dalam memastikan industri pertanian terus proaktif dan seiring dengan perkembangan teknologi semasa. - KitaReporters/Kenyataan Media


Kampung Nam Dam, Pendang

 

10
9
0
11
0

Copy Link: